Ragut wanita hingga cedera, dua lelaki ditahan polis

oleh Mohamad Hanif|
Dua orang suspek peragut berjaya ditahan polis susulan kes yang membabitkan seorang penunggang motosikal wanita di Jalan Kelochor, Kota Bharu pada minggu lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, kedua-dua suspek yang berusia 39 dan 31 tahun itu ditahan kira-kira pukul 6.30 petang kelmarin selain sebuah motosikal dinaiki mereka semasa kejadian turut dirampas.

Menurutnya, siasatan mendapati, kejadian yang melibatkan mangsa berusia 54 tahun itu berlaku kira-kira pukul 10.35 pagi pada 16 Februari lalu.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)


“Wanita itu menunggang motosikal seorang diri di Jalan Kelochor di sini sebelum diragut dua lelaki yang tidak dikenali sehingga mangsa terjatuh dari motosikalnya.

“Kejadian itu menyebabkan wanita tersebut mengalami luka kecil pada lengan dan tangan kirinya. Mangsa kemudiannya dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Rosdi, berdasarkan laporan mangsa, polis berjaya menahan kedua-dua suspek kelmarin.

Katanya, kedua-dua suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo