Rafizi - Tiada perbincangan turunkan harga minyak RON95

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengesahkan tiada sebarang perbincangan di peringkat kerajaan untuk menurunkan harga runcit bahan api RON95 dan diesel.

Menurutnya, desas desus penurunan harga RON95 itu baru pertama kali didengarinya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Sampai sekarang, saya tidak pernah dengar malah, tidak pernah ada perbincangan mengenainya," katanya menerusi sidang akhbar selepas melancarkan Laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2022 di Putrajaya pada Jumaat.

Hakikatnya beliau berkata, harga minyak mentah dunia telah meningkat kepada AS$70 setong dan pernah mencecah sekitar AS$83 setong.

"Keputusan menurunkan harga bahan api ini sebenarnya di bawah Kementerian Kewangan kerana ia membabitkan peruntukan subsidi bahan api," jelas Rafizi.

Sebelum ini, MIDF Research menjangkakan kerajaan akan mempertimbangkan untuk menurunkan harga runcit RON95 sebanyak 10 sen kepada RM1.95 seliter bulan depan.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Ekonomi itu berkata bahawa kerajaan berpegang kepada rancangan itu dalam wawancara dengan…
Berita Domestik
Beliau berkata, risiko keciciran boleh berlaku memandangkan kerajaan hanya menggunakan maklumat…
Berita Domestik
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan terdapat tiga kaedah yang dipertimbangkan untuk pemberian…