Radical umum Motul sebagai rakan pelincir baharu

oleh Afandi Che Muhamad|
Syarikat teknikal perlumbaan, Radical baru-baru ini dilaporkan telah bekerjasama dengan syarikat minyak pelincir terkemuka, Motul dalam menjayakan Pameran Sukan Automotif Antarabangsa (Autosport International Show).

Usahasama antara kedua-dua entiti tersebut dilihat mampu menyumbang kepada perkembangan positif, bukan sahaja tertumpu pada aspek perlumbaan bahkan beberapa aspek lain.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pengarah Bahagian Pemasaran dan Jualan Radical, Nigel Land berkata, pihaknya menyambut baik Motul sebagai rakan pelincir baharu mereka.

"Seperti mana diketahui, Motul sentiasa mendukung acara perlumbaan sama seperti kami.

"Pemilihan Motul sebagai rakan pelincir adalah dirasakan tepat. Kerjasama ini akan dikekalkan untuk tahun-tahun seterusnya," katanya dalam satu kenyataan.

Susulan pengumuman rasmi tersebut, semua produk perlumbaan Radical seperti SR1, SR3, SR8, RXC (Spyder, 600R, GT3, GT – Road) akan diwajibkan menggunakan minyak pelincir daripada jenama Motul bermula tahun ini.

Selain Radical, Motul turut membantu beberapa pasukan perlumbaan dan syarikat lain dalam siri perlumbaan berprestij dunia seperti Perlumbaan 24 Jam Le Mans, World Endurance Championship, Super GT, Super Formula, MotoGP dan WSBK.

Berita Berkenaan

Berita Global
Sayang sekali, ia bukanlah merujuk kepada kelahiran semula jenama Mazdaspeed, akan tetapi mereka…
Sukan Bermotor
Bukan itu sahaja, ia juga turut menjadi asas kepada pembangunan jentera rali GR Yaris Rally1 yang…
Berita Global
Senang cerita, para jurutera bebas untuk melakukan apa sahaja yang mereka suka pada jentera 911 GT3…