Radford perlihat projek pertama Lotus Type 62-2 berkuasa 600 hp

oleh Mohamad Hanif|
Nama Radford sebelum ini lebih dikenali sebagai sebuah syarikat coachbuild yang berpusat di UK dan pernah menghasilkan model-model bespoke menggunakan asas daripada Bentley, Rolls-Royce dan juga MINI.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Syarikat itu kini dibangkitkan semula oleh pereka Mark Stubbs, pakar permotoran Ant Anstead dan juara F1 Jenson Button baru-baru ini dan projek pertama mereka merupakan sebuah Lotys Type 62-2.

Projek ini diinspirasikan daripada jentera lumba Lotus Type 62 dari era 1960-an, dan ia menggandingkan elemen-elemen moden yang diperoleh daripada Lotus Evora.
 

Lotus


Casis monocoque diperoleh daripada Lotus, namun Radford meningkatkan tahap ketegaran casis dengan mereka subrangka belakang khas yang mampu mengurangkan berat keseluruhan kereta ini kepada 1,000 kg sebelum aspek pengendalian ditala semula oleh Jenson Button

Dari segi kuasa, Lotus Type 62-2 ini didatangkan dengan enjin 3.5 liter bentangan V6 dengan output kuasa bermula dari 430 hp untuk varian Classic, 500 hp untuk varian Gold Leaf dengan omboh dan camshaft yang dinaiktaraf, serta 600 hp untuk varian JPS dengan penambahan pengecas turbo dan perisian yang dipertingkatkan.

Transmisi manual enam kelajuan didatangkan sebagai standard untuk model Classic, manakala varian Gold Leaf dan JPS pula didatangkan dengan transmisi DCT dan LSD elektronik.
 

Lotus


Sistem pemberhentian Lotus Type 62-2 ini menggunakan sistem brek AP Racing dengan angkup empat omboh, namun pembeli trim JPS boleh mendapatkan opsyen brek seramik karbon yang lebih berkuasa.

Dari segi penampilan, anda boleh  memilih untuk mendapatkan versi Classic yang paling merendah diri tanpa sebarang kehadiran sayap belakang, namun dengan rim bersaiz 17 inci depan dan 18 inci belakang.

Model Gold Leaf pula membawakan penghormatan buat jentera lumba klasik dengan penampilan liveri retro, aspek aerodinamik untuk kegunaan litar dan spoiler ekor itik berkembar, sebelum dipasangkan dengan rim 18 dan 19 inci.
 

Lotus


Tiada sebarang gambar ruang kabin dibekalkan, namun Type 62-2 didatangkan dengan dua unit cermin digital kiri dan kanan, skrin kluster digital bersaiz 6.0 inci, sokongan Wi-Fi dan Bluetooth, dan lima pembesar suara.

Hanya 62 unit sahaja yang akan diproduksikan di California, di mana unit pertama dijangka akan menjalar di atas  jalan raya pada tahun 2022.