R36 GT-R dengan trenkuasa EV? Ini jawapan ketua produk GT-R

oleh Mohamad Hanif|
Generasi R35 GT-R sudah pun berada di dunia untuk tempoh jangka masa yang agak lama untuk kitaran sesebuah model, dari 2007 sehinggalah 2019.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, Nissan nampaknya masih mahu bersenang lenang dengan apa yang ada, dan apabila ditanya perihal generasi baharu R36 GT-R, tiada sebarang kata putus diberikan. 

Hal ini didedahkan sendiri oleh ketua produk GT-R, Hiroshi Tamura ketika menyertai pelancaran Nissan GT-R edisi ulang tahun ke-50 di Australia baru-baru ini, dan mengesahkan bahawa pihak atasan masih lagi berteka-teki soal ini. 
 


"(berkenaan pengganti R35), saya sudah ada bayangannya, tapi maaf, saya masih belum boleh memberitahunya kepada anda. 

"Perbincangan soal ini sudah pun berjalan dan kami masih lagi mencari solusi yang sesuai," ujar beliau. 

Hal ini juga termasuklah kemungkinan generasi baharu GT-R akan dipadankan dengan sistem trenkuasa hibrid atau elektrik sepenuh masa, namun menurut Tamura, pihak atasan masih belum mempunyai kata putus. 

 


"Dalam hal ini, saya hanyalah sekadar konduktor kepada orkestra GT-R, dan perlu menunggu keputusan Nissan dalam memilih siapakah ahli-ahli yang akan 'bermain' di dalam orkestra ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa Nissan sememangnya mahu menggantikan Nissan GT-R R35 sedia ada dengan generasi baharu (R36), melihatkan kepada usia GT-R itu sendiri yang sudah mencapai 12 tahun. 

Namun, kita harus bersabar menunggu hasil usaha para jurutera Nissan bagi memastikan Nissan GT-R generasi baharu ini sememangnya dekat dengan jiwa para peminat dan juga para pencinta kelajuan. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Autocar, pengarah program reka bentuk Nissan, Giovanny Arroba berkata sebahagian…
Berita Global
Bagaimanapun, Nissan Micra boleh dikatakan sebagai antara model ikonik Nissan, terutama sekali…
Berita Global
Nissan GT-R 2024   Berdasarkan spesifikasi Amerika Syarikat (Filipina menggunakan pemanduan…