Quill Automobiles buka pusat pameran 4S terbesar di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Wakil pengedar BMW di Petaling Jaya, Quill Automobiles kini telah membuka sebuah lagi pusat pengedar bertaraf 4S terbesar di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pusat pameran yang serba baharu itu dibina atas tapak berkeluasan 33,000 kaki persegi, dan mampu memuatkan 14 buah model BMW pada satu-satu masa. 

Selain daripada itu, Quill Automobiles turut menampilkan butik mewah Grand Klasse (GKL), BMW Customer Lounge, Isetta Bar dan ruang BMW Lifestyle. 
 


Fasiliti servis yang berkeluasan 58,500 kaki persegi juga menempatkan fasiliti baik pulih kenderaan serta servis cat yang komprehensif. 

Bersempena dengan upacara pembukaan pusat 4S ini, Quill Automobiles melancarkan kempen 'X Marks the Future' yang menawarkan hadiah utama berupa sebuah BMW Z4 sDrive 30i M. 
 


Kempen yang bermula dari 13 Julai sehingga 31 Disember ini memberikan peluang kepada mana-mana pelanggan untuk membeli sebuah BMW baharu dan memperoleh 10 tiket penyertaan untuk memenangi Z4 itu tadi. 

Dalam masa yang sama, Quill Automobiles turut mempamerkan dua model penambahan terbaharu ke dalam portfolio mewah jenama BMW di Malaysia iaitu BMW 7 Series dan BMW X7.

Quill Automobiles boleh dilawati di alamat Ground Floor, Quill 9, 112, Jalan Semangat, 46300 Petaling Jaya, Selangor. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada acara itu, pelbagai pilihan hingga 500 kenderaan premium pra-milik serta kenderaan baharu…
Berita Domestik
Tidak seperti model terdahulu yang boleh didapati dalam varian xDrive40, BMW iX 2024 kini tersedia…
Berita Domestik
BMW Group Malaysia berjaya menyerahkan lebih daripada 15,000 unit kenderaan daripada BMW, MINI dan…