Syarikat teknologi tempatan milik bumiputra, FSR technology kini menghasilkan model quickshifter baharu, Shiftboss 2.0 yang khusus untuk motosikal-motosikal di bawah:
- Yamaha FZ150i
- Yamaha Y15ZR
- Yamaha R25
- Yamaha R15
- Yamaha Y16
- Honda RS150R
Menurut CEO FSR Technology, Farhan Ali, produk ShiftBoss 2.0 ini menggunakan teknologi inovatif dan pihaknya telah mengambil langkah untuk memastikan IP (hakcipta) mereka dilindungi.
Sistem ShiftBoss 2.0 ini juga jauh lebih lancar dari model lama yang pernah dihasilkan oleh FSR Technology.
Harga untuk quickshiter rekaan anak Malaysia ini adalah RM250 (anda masih memerlukan ECU TuneBoss untuk menggunakan alat ini) dan sekiranya anda menggunakan ShiftBoss lama, anda cuma perlu membayar RM100 untuk menaiktaraf sistem.
Selain dari ShiftBoss, FSR Technology juga menjual ECU dengan pemetaan baharu untuk prestasi yang lebih mantap.
Harga mampu masih menjadi strategi utama FSR Technology. Contohnya, pakej RM649 untuk Yamaha MT-15 atau Y-16 menggabungkan ECU TuneBoss Stage 1 dengan harga RM399 dan ShiftBoss 2.0 pada harga RM250.
Produk TuneBoss dijual di tujuh negara termasuk Malaysia, Thailand dan Mexico. Malaysia mempunyai seramai 67 pengedar utama. Anda boleh melihat pengedar paling hampir dengan anda di pautan ini - https://tuneboss.com/distributors/malaysia/
Careta juga pernah melawat ibupejabat FSR Technology dan videonya ada di saluran YouTube Careta TV. Untuk lebih info, boleh lawati Facebook FSR Technology atau lawati laman web tuneboss.com
*Tidak semua produk-produk ini diluluskan untuk kegunaan jalanraya awam.