Queen of Nurburgring, Sabine Schmitz meninggal dunia akibat kanser

oleh Mohamad Hanif|
Sabine Schmitz, pelumba wanita yang juga personaliti TV disahkan meninggal dunia baru-baru ini pada usia 51 tahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mendiang diberitakan menghidapi penyakit kanser semenjak tahun 2017 lagi, dan berita tersebut hanya diketahui pada tahun lalu menerusi satu hantaran di Facebook pada bulan Julai, 2020.

Sabine Schmitz membesar dengan persekitaran Litar Nurburgring, dan sepanjang karier beliau telah pun melengkapkan kira-kira 20,000 pusingan di litar Neraka Hijau tersebut.

Oleh sebab itu, beliau digelar sebagai Permaisuri Nurburgring (Queen of the Nurburgring) serta 'pemandu teksi terpantas di dunia' menerusi kereta BMW M5.

Beliau pertama kali muncul di dalam rancangan Top Gear ketika Jeremy Clarkson masih kekal di BBC pada tahun 2004, sebelum kembali semula pada rancangan yang sama pada tahun 2015 dengan barisan pengacara baharu iaitu Chris Evans, Matt LeBlanc, dan Paddy McGuinness.

Sumber: Carscoops

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Berita ini diumumkan sendiri oleh pemilik Litar Nürburgring di mana Sabine-Schmitz-Kurve itu bakal…