Quadro e-Qooder - skuter elektrik beroda empat!

oleh Mohamad Hanif|
Quadro sebelum ini telah memperkenalkan skuter empat tayar yang digelar Quadro Qooder, dilengkapi dengan sistem suspensi menyendeng pada keempat-empat sudut roda - konsep yang sama diperlihatkan pada Yamaha Niken.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan siapa yang lebih mesra alam, Quadro bakal membawakan kepada umum versi e-Qooder yang menampilkan sistem pacuan elektrik yang dibekalkan oleh Zero Motorcycles. 
 


Malangnya, sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang info dan maklumat terperinci berkenaan spesifikasi pek bateri, kuasa dan jarak operasi yang bakal ditawarkan oleh Quadro e-Qooder ini. 

Prototaip yang diperlihatkan pada Geneva Auto Show yang lalu membayangkan skuter ini mempunyai motor elektrik yang menghasilkan 46 kuasa kuda dan jarak operasi sekitar 130-260 km bergantung kepada cara dan gaya tunggangan. 

Dengan enjin silinder tunggal bersesaran 400 cc, Quadro Qooder versi asal mampu menghasilkan kuasa sekitar 32 hp dengan daya kilas 38.5 Nm yang menggerakkan dua tayar di belakang dengan bantuan transmisi CVT. 
 


Apa yang menariknya, kedua-dua sistem suspensi hadapan dan belakang dilengkapi dengan hydro-pneumatic tilting suspension (HTS) yang membolehkan penunggang mengambil selekoh dengan lebih stabil tanpa perlu risau risiko tergelincir. 

Yang pasti, dengan tambahan dua buah roda berbanding skuter konvensional, ia pastinya lebih berat untuk dikendalikan, dan mungkin akan memeningkan kepala pemilik sekiranya keempat-empat buah roda perlu ditukar serentak.