Qooder imbau kembali memori skuter berbumbung BMW C1

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar skuter Swiss, Qooder (sekarang anda tahu kenapa kami gemar sebut skuter dengan nada yang berbeza) merancang untuk menghasilkan sebuah produk skuter berbumbung dan mengimbau kembali kenangan BMW C1 dari awal era 2000-an.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Skuter elektrik beroda empat itu bakal dilengkapkan dengan bateri berkapasiti 10.8 kWh yang mampu memberikan jarak operasi sejauh 153 kilometer dengan kelajuan dihadkan kepada 130 km/j. 

Skuter berkuasa 60 bhp itu menjanjikan tahap pecutan yang mengujakan, menurut Paolo Gagliardo selaku CEO Qooder, dan tambah beliau lagi selaku bekas COO Abarth, skuter elektrik ini memiliki nisbah kuasa kepada berat yang menghampiri Abarth 595!
 


Ketika ditanya soal skuter yang berbumbung, Paolo menjelaskan, "kami memerlukan pengiraan yang tepat untuk memberikan perlindungan daripada cuaca tanpa mengorbankan perasaan tunggangan dan pengendalian yang cemerlang.

Tidak seperti skuter beroda dua atau tiga, eQooder empat roda ini menggunakan gandingan casis quadrilateral, sistem suspensi bebas pada keempat-empat sudut, serta sistem inovatif electronic hydraulic tilting yang membolehkan skuter mengambil selekoh seperti sebuah motosikal biasa. 
 


Skuter elektrik ini bakal memiliki nisbah pembahagian berat yang ideal 50/50 serta menampilkan differensial mekanikal untuk menggerakkan roda belakang. 

Paolo mendakwa, solusi yang diperkenalkan pada kenderaan elektrik quadrisikal seperti Renault Twizy atau Citroen Ami tidak membantu menyelesaikan masalah mobiliti, selain mencipta lebih kesesakan. 

eQooder dijadualkan bakal dijual di UK bermula lewat tahun ini dengan harga jualan sekitar £15,000 (RM80,533) selepas menerima geran EV daripada kerajaan. 

 

BMW C1