Qatar Airways tawar 100 ribu tiket percuma kepada petugas baris hadapan!

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai salah satu cara untuk mengucapkan terima kasih kepada para petugas baris hadapan, dan bersempena dengan sambutan Hari Jururawat Sedunia pada 12 Mei lalu, Qatar Airways kini menawarkan sehingga 100,000 unit tiket penerbangan secara percuma.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tawaran ini merangkumi penerbangan pergi balik kelas Ekonomi untuk dua orang ke mana-mana destinasi di dalam rangkaian penerbangan Qatar Airways.

Selain daripada itu, Qatar Airways juga turut menawarkan diskaun sehingga 35 peratus untuk ditebus sehingga 31 Disember tahun ini di premis bebas cukai Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, Doha.

Para petugas baris hadapan dari seluruh dunia yang berminat perlu mengisi borang dalam talian bermula 12 Mei sehingga 19 Mei 2020 (waktu Hong Kong) menerusi pautan:
qatarairways.com/ThankYouHeroes

Setiap permohonan akan menerima kod promosi unik yang akan ditawarkan berdasarkan siapa cepat dia dapat dan juga berdasarkan peruntukan harian yang telah ditetapkan setiap hari.

Tarikh penerbangan juga perlu ditempah sebelum 26 November, manakala perjalanan pula hanya sah sehingga 10 Disember ini.

Malah, menurut syarikat penerbangan itu lagi, tiket penerbangan adalah bersifat fleksibel, di mana para pembeli boleh mengubah tarikh atau destinasi tanpa had serta tanpa sebarang bayaran.

Sumber: Qatar Airways

Berita Berkenaan

Informasi
  Terdapat lebih 350 syarikat penerbangan lain yang mengambil bahagian dan Qatar Airways berjaya…
Informasi
  Ia adalah tambahan kepada perkhidmatan harian sedia ada MH160 yang berlepas dari Kuala Lumpur…
Berita Global
Boeing 777-8 Freighter merupakan kapal terbang kargo dwi-enjin jarak jauh terbesar di dunia, dan…