Q40 Defender by TECNIQ guna enjin 2.3L Mustang, inspirasi dari Chinook!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Q40 Defender by TECNIQ
Q40 Defender by TECNIQ
Sebuah syarikat pakar kejuruteraan automotif dari Britain menghasilkan projek kereta one-off yang unik. 

Q40 Defender by TECNIQ dibuat dengan inspirasi dari helikopter Chinook yang sudah berkhidmat selama 40 tahun pada tahun 2021.

Defender Q40 tersebut kemudiannya dibuka untuk bidaan pada acara Goodwood Revival pada bulan September depan.

Menariknya, kesemua hasil akan disumbangkan kepada Persatuan Pasukan Udara Diraja (RAF) United Kingdom.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Q40 Defender by TECNIQ

 

Kakitangan pakar dari TECNIQ telah merekabentuk dan membina semula Q40 Defender dan turut berhubung rapat dengan Skuadron 18(B) di RAF Odiham.

Jip ini menggunakan beberapa elemen rekaan dari Chinook pada bahagian luar dan dalaman.

Banyak yang telah dipertingkatkan dari segi prestasi, dinamik dan kecekapan model asal termasuk gaya dan feel melalui pemilihan bahan yang teliti.

Bahagian luar Q40 Defender ini telah disiapkan dengan tangan dan menggunakan warna hijau gelap kilat dan kusam supaya sepadan dengan identiti samaran Chinook.

 

Q40 Defender by TECNIQ

 

Gril dibuat semula dari gentian karbon dan beberapa komponen lain seperti tambahan arka koda, bonet dan saluran fender.

Bahagian dalam tampil serba mewah dengan kerusi lumba dari gentian karbon untuk empat penumpang.

Kerusi dibalut kulit Bridge of Wier jahitan tangan dan kulit biri-biri ala tempat duduk Chinook.

Sebagai imbasan kepada kokpit helikopter, bahagian depan dibalut hitam termasuk siling bumbung dengan corak segi tiga.

Corak itu juga berasal dari helikopter Chinook.

 

Q40 Defender by TECNIQ

 

Stereng direka baharu manakala gugusan meter dikonfigurasi dan dibuat dengan ergonomik.

Suis kawalan juga ditempatkan semula dan beserta tombol gear nampak moden, klasik dan praktikal.

Turut baharu ialah konsol tengah dan perehat lengan yang turut disediakan kepada penumpang belakang. 

Bahagian kargo belakang dipisahkan dengan jaring yang diambil dari ruang muatan helikopter. 

 

Q40 Defender by TECNIQ

 

Menggerakkan Q40 Defender khas ini ialah enjin 2.3 liter EcoBoost Ford Mustang dengan ECU yang dipeta semula.

Kuasa yang dihamburkan ialah 307 hp dan tork 432 Nm dan enjin itu dipadan bersama transmisi automatik enam kelajuan.

Seperti yang diperkatakan, jip ini dirombak semula termasuk pengendalian yang dipertingkatkan dan casis dibangunkan semula oleh bahagian Classic Racing TECNIQ. 

 

Q40 Defender by TECNIQ

 

Suspensi baharu mempunyai redaman yang boleh diprogram dan TECNIQ turut mempertingkatkan palang anti oleng dan sesendal. 

Lagi ciri baharu ialah penggunaan gegelung rendah.

Prestasi pembrekan ditingkatkan dengan angkup enam omboh selain cakera 345 mm di depan. Angkup belakang pula jenis empat omboh dengan cakera 330 mm.

Setelah siap begini dengan pakej mewah dan berprestasi berapa pula harganya? Pasti bukan murah tambahan pula ianya dibuat untuk tujuan kebajikan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Q40 Defender by TECNIQ