Q1 2021: Porsche berjaya edar 150 unit Taycan di rantau Asia Pasifik!

oleh Mohamad Hanif|
Porsche Asia Pasific berjaya merekodkan pertumbuhan positif sebanyak 28 peratus bagi suku pertama tahun 2021 (Q1 2021), atau sebanyak 827 unit kenderaan telah pun diedarkan berbanding tahun lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Daripada jumlah tersebut, 47 peratus daripadanya merupakan kenderaan elektrik bateri (BEV) dan kenderaan plug-in hybrid (PHEV), menjadikan ia selari dengan hasrat Porsche untuk mencapai separuh daripada penjualan kenderaan yang terdiri daripada EV atau hibrid menjelang 2025.

Porsche juga turut berjaya mengedarkan kira-kira 150 unit kenderaan elektrik pertama mereka, Taycan kepada pelanggan dalam tempoh tersebut, menjadikannya hampir satu perlima daripada jumlah keseluruhan jualan.

Malaysia merupakan antara negara yang menunjukkan prestasi jualan yang cemerlang bersama-sama dua buah negara jirannya (Thailand dan Singapura) serta New Zealand.

 


Apa yang menariknya, lebih daripada 60 peratus pemilik merupakan pelanggan baharu Porsche dan ia membuktikan inisiatif pengeluar tersebut dalam memperkasakan mobiliti elektrik berjaya menarik perhatian umum.

Ini turut dibuktikan dengan kolaborasi terkini bersama Shell yang bakal menyaksikan pembinaan jaringan pengecasan merentas sempadan berprestasi tinggi (180 kW DC) yang pertama di Asian Tenggara menghubungkan antara Singapura dan Malaysia, baru-baru ini.

Selain daripada memasang fasiliti pengecasan di stesen minyak di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan, Porsche juga memperluaskan jaringan pusat pameran seperti Porsche Centre Ara Damansara yang baharu sahaja dilancarkan, serta Porsche Centre Johor Bahru yang bakal dibuka tidak lama lagi.

 


Selain daripada itu, Porsche Asia Pasifik juga turut aktif memperluaskan jenama tersebut menerusi penganjuran pameran Driving Tomorrow bertempat di Jewel Cangi Airport yang berjaya menarik 20,000 pengunjung awal tahun ini, serta pembukaan Porsche Studio Hanoi di Vietnam yang membawakan konsep imej baharu yang lebih kontemporari.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…