Q1 2019: Mitsubishi Xpander laku keras di Thailand!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sementara kita menantikan detik pelancaran Mitsubishi Xpander yang dijangka bakal menjengah pasaran tempatan tidak lama lagi, kita beralih sebentar kepada pasaran LMPV di negara jiran kita, Thailand. 

Jika di Indonesia, pasaran LMPV mereka banyak dikuasai oleh jenama Toyota dan diikuti oleh Mitsubishi, lain pula halnya di Thailand apabila MPV Mitsubishi itu masih kekal ditangga pertama untuk tiga bulan pertama 2019!

 

sumber: Headlight


Walaupun MPV bukanlah segmen jualan utama di Thailand, namun angka 4,418 unit terjual untuk suku pertama tahun 2019 boleh dikatakan sebagai angka yang sangat membanggakan. 

Apatah lagi Mitsubishi Xpander merupakan unit CBU yang diimport sepenuhnya daripada Indonesia, jadi harganya juga sedikit mahal.

Mengejutkan, angka tersebut jauh mengalahkan pesaing-pesaing rapat seperti Toyota Sienta di tempat kedua dengan jumlah jualan 1,132 unit manakala Honda BR-V pula sekadar mencatatkan jualan di bawah angka satu ribu.

 


Di tempat keempat pula, walaupun model kemas kini dilancarkan pada awal tahun lalu, Suzuki Ertiga hanya mencatatkan jualan sebanyak 665 unit, diikuti oleh Honda Mobilio (345 unit) dan Toyota Avanza (43).

Setakat tarikh artikel ini ditulis, pasaran Thailand masih tidak menerima model kemas kini Toyota Avanza yang sudah dilancarkan di Indonesia bulan lalu, jadi tidak menghairankan jualan Avanza agak suram di sana. 

Di Thailand, Mitsubishi melancarkan MPV Xpander dengan dua varian, GLS dan GT dengan harga jualan bermula dari 779,000 baht (RM96,381) sehingga 849,000 baht (RM104,921).

 


Secara standard, ciri seperti ABS, EBD, BA, ASC, beg udara, lampu posisi LED, lampu welcome home, rim 15 inci serta stereng boleh laras tilt/teleskopik.

Manakala varian GT pula ditambah ciri lampu kabus, kemasan krom, kid plate perak, skrin paparan multi-info 4.2 inci, skrin multimedia 6.2 inci, arahan suara dan kawalan pelayaran, rim 16 inci dan kamera undur.

Enjin empat silinder 1.5 liter menghasilkan 105 PS dan 141 Nm daya kilas yang dipadankan dengan transmisi automatik empat nisbah kelajuan. 

Sangat menarik untuk melihat bagaimana Mitsubishi Malaysia mahu menawarkan spesifikasi Xpander kelak, sementara UMW Toyota juga sudah pun mendedahkan klu bahawa Avanza facelift dalam perancangan untuk diperkenalkan tidak lama lagi. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Borang TM6 ialah kad ketibaan/berlepas, yang mana warga asing perlu mengisi maklumat pasport mereka…
Informasi
Jadi perkara yang disyorkan adalah untuk mengambil insurans Thailand iaitu Insurans Wajib (Ci),…
Berita Global
Mungkin jika disebut mengenai motosikal elektrik, pasti dalam fikiran, bahawa motosikal itu tidak…