Putra negara bersatu di Gambang

oleh HEZERI SAMSURI|

Edisi kelapan perjumpaan pemilik Proton Putra berlangsung di Bukit Gambang Resort City, Pahang di mana acara 3 hari 2 malam itu menyaksikan kehadiran 50 buah Putra-Putra dari Johor, Melaka, Kuala Lumpur, Pahang, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Bermula sejak tahun 2011, kali ini ialah giliran Putra Platoon Pahang menjadi tuan rumah. Aktiviti-aktiviti yang disusun termasuk telematch, lumba tolak kereta, BBQ, berkelah di air terjun Panching, autoshow, berkonvoi dan makan tengahari di Restoran Go'Bang Patin di Temerloh.

putra bikin

 

Proton Putra ialah satu-satunya coupe dari jenama negqara itu. Di zamannya, ia terkenal sebagai sebuah kereta idaman "yuppies" dan gadis-gadis jelita. 

Untuk mereka yang berminat dengan kenderaan berprestasi tinggi, Proton Putra juga adalah pilihan utama kerana harga yang lebih rendah dari Ford Laser TX3 dan Mazda Familia. 

putra gath 2

 

Jika anda memiliki Proton Putra dan anda mahu mendapat khidmat nasihat dari ahli-ahli kelab, hubungi salah satu dari senarai di bawah.

  • Putra Selatan (Johor) – Eiuan 019-7808049
  • Putra Generation (Melaka) – Fizi 017-2886788
  • M21 SQUAD (KL) – Malie 016-3675750
  • Putra Platoon (Pahang) – Aja  019-9871238
  • Putralinerz (Penang/Kedah) – Zol 012-3645827
  • Putra Darul Naim (Kelantan) -  Mad 019-5523717

Anda juga boleh melayari laman Facebook mereka di Putra Owners Club.

 

*Gambar dan laporan dari Adam Harris of Adam Photography.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Niat mereka ialah untuk mengumpulkan pelumba-pelumba wanita dalam sukan bermotor dari pelbagai…
Gaya Hidup
Penganjuran oleh Northernspeedo ini mendapat kerjasama penuh dari Kementerian Belia & Sukan (…
Uncategorized
Program amal ini berojektif merapatkan hubungan ahli-ahli kelab kereta dengan angota keselamatan…