Putera Saudi mahu bangunkan bandar tanpa kereta, jalan raya

oleh Mohamad Hanif|
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman baru-baru ini mendedahkan cita-cita besar beliau untuk membangunkan sebuah bandar Neom yang bebas daripada kereta dan juga jalan raya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut satu siaran televisyen yang dibuat pada Ahad lalu, projek pembangunaan bandar yang dinamakan sebagai 'The Line' itu akan bermula pada suku pertama tahun ini yang menampilkan komuniti masa hadapan yang terhubung tanpa sebarang kereta dan jalan raya, serta dikelilingi oleh elemen alam semula jadi.

Laporan Bloomberg turut menambah, bandar baharu itu akan memiliki kapasiti penduduk seramai 1 juta dan mampu mencipta sehingga 380,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2030.

Tiada sebarang butiran lanjut didedahkan, namun menurut Putera Mahkota itu lagi bandar tersebut akan menampilkan sistem transit berkelajuan tinggi dengan perjalanan di dalam "The Line" mengambil masa kurang daripada 20 minit.

Selain daripada itu, sebuah lapangan terbang yang terbesar di dunia juga akan turut dibina di dalam The Line.

Arab Saudi pertama kali mengumumkan niat untuk mencipta sebuah bandar baharu pada tahun 2017, di mana ia akan dibina atas tanah berkeluasan melebihi 10,000 batu persegi dan bakal menjadi sebuah hab perniagaan dan teknologi.

Sumber: Bloomberg

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada barisan kereta sports dan supercar, ada juga pihak yang mula menggunakan kereta…
Berita Global
Arahan itu dilakukan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan keselamatan dan…
Berita Global
Elon juga dilaporkan telah berjumpa dengan Perdana Menteri Israel di California semalam. Taikun…