Putera Philip habiskan 16 tahun untuk reka Defender pengkebumian beliau sendiri

oleh HEZERI SAMSURI|
Putera Philip yang meninggal dunia pada 9 April lalu ketika berusia 99 tahun sebenarnya telah menghabiskan masa selama 16 tahun untuk membuat projek ubahsuai kereta pengkebumian dari Land Rover yang digunakan untuk majlis pengebumian beliau sendiri semalam.

Kemungkinan besar projek terakhir Putera tersebut, Land Rover dipanggil oleh mendiang untuk memulakan usaha tersebut sejak tahun 2003 lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di bawah ialah antara fakta-fakta menarik mengenai kenderaan tersebut.

  • Selama 16 tahun projek itu berlangsung, syarikat Land Rover telah melalui dua pemilik - Ford dan sekarang Tata Motors.
  • Platform asal ialah Defender TD5 130 dengan kerangka Crewl Cab, tetapi ditukar menjadi Single Cab.
  • Putera Philip yang menghasilkan rekaan tempat letak keranda terbuka di belakang, termasuk penyumbat getah dan besi bagi memastikan keranda itu tidak bergerak ketika dalam perjalanan.
  • Warna asal Belize Green ditukar kepada warna Dark Bronze Green, warna hijau yang digunakan oleh trak militari dan kerajaan Britain.
  • Had roda dicat warna yang sama dan gril hadapan diberi sentuhan warna hitam.
  • Perubahan terakhir telah dilakukan oleh mendiang pada tahun 2019.