Digelar sebagai Jaguar E-Type Zero, kereta klasik berkuasa elektrik ini merupakan sebuah Jaguar E-Type Series 1.5 yang dihasilkan pada tahun 1968 sebelum pihak Jaguar menukarkan sistem pacuan asal daripada enjin enam silinder sebaris kepada sistem pacuan elektrik sepenuhnya.
Sedikit fakta spesifikasi Jaguar E-Type Zero
- sistem pacuan elektrik berkuasa 220 kW
- 273 km jarak pemanduan dengan sekali cas penuh
- bateri lithium ion berkapasiti 40 kWh
- 0-100 km/j dalam masa 5.5 saat
Pihak Jaguar telah meletakkan pek bateri 40 kWh yang direka sama dengan dimensi asal enjin E-Type ini.
Motor elektrik pula diletakkan di tempat asal kotak gear E-Type membolehkan sistem pacuan terbaru ini dimuatkan menggunakan cagak yang sama seperti asal.
Dengan penggunaan sistem pacuan terbaharu itu, berat kereta berkurangan sebanyak 45 kg daripada berat asal Jaguar E-Type, dengan sistem suspensi, brek dan keseluruhan struktur kereta masih mengekalkan spesifikasi kilang asal.
Jaguar mendakwa E-Type Zero ini mampu mencapai pecutan dari pegun ke 100 km/j dalam masa hanya 5.5 saat, dan mempunyai jarak pemanduan sejauh 273 km dengan pengecasan penuh selama tujuh jam.
Sumber: Autoblog