"Kita mempunyai pelanggan yang ramai, setiap tahun 1.4 juta pelanggan datang periksa kenderaan dengan kita di 53 cawangan PUSPAKOM seluruh negara.
"Kita faham ada isu teknikal yang sedang timbul dan kita sedang uruskan perkara itu, bagaimanapun saya rasa bagi yang biasa dengan PUSPAKOM akan tahu kita lakukan kerja dengan baik," katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa PUSPAKOM di Glenmarie pada Isnin.
Beliau berkata, persaingan juga akan meningkatkan prestasi kerja setiap syarikat yang mana ia akan menguntungkan pengguna.
Katanya, dengan persaingan, setiap syarikat akan melakukan yang terbaik dan ia akan memberi keuntungan pada pengguna.
Dalam pada itu, Mahmood berkata pihaknya bersedia berjumpa serta berkolabrasi dengan syarikat-syarikat pemeriksaan kenderaan berkenaan pada masa hadapan.
"Kita sedia berbincang dengan mereka mungkin di masa hadapan dan boleh berkolabrasi perkara yang menguntungkan semua pihak.
"Wujudnya tiga syarikat itu juga untuk memudahkan pelanggan memeriksa kenderaan mereka dan 'end goal' kita adalah keselamatan jalan raya," katanya.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebelum ini mengumumkan tiga syarikat baharu diluluskan melaksanakan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM), selain PUSPAKOM.
Bagi fasa pertama katanya, tiga syarikat baharu yang mendapat kelulusan adalah Wawasan Bintang Sdn Bhd, Pakatan Petroleum Sdn Bhd serta Beriman Gold Sdn Bhd.