PUSPAKOM terima pengiktirafan MS:ISO 37001-2016 Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS)

oleh Mohamad Hanif|
PUSPAKOM Sdn Bhd (PUSPAKOM) telah menerima pengiktirafan MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) daripada SIRIM QAS International, sekaligus menjadikannya salah sebuah daripada organisasi di Malaysia yang menerima sijil pengiktirafan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengiktirafan ini mengukuhkan lagi usaha berterusan daripada PUSPAKOM dalam mencapai integriti yang tinggi di dalam segenap operasi mereka. 

Penilaian tersebut diteliti daripada seluruh organisasi PUSPAKOM, termasuklah pihak pengurusan dan pemegang amanah seperti vendor, pembekal, kontraktor, konsultan dan juga para pelanggan mereka. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Shukor Ismail berkata, "pihak kami telah menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), diikuti oleh Corporate Integrity Pledge yang disaksikan oleh SPRM itu sendiri.

"Berikutan daripada kedua-dua pencapaian tersebut, PUSPAKOM telah bekerja keras dalam memastikan perniagaan yang telus dan berintegriti tinggi serta memperbaiki tanggapan umum terhadap PUSPAKOM," tambah beliau.
 


PUSPAKOM sebelum ini telah mempraktikkan beberapa kawalan seperti Polisi Anti-rasuah, Prosedur Pemberi Maklumat, Polisi Tanpa Hadiah, Kod Etika dan Amalan Perniagaan, serta Penilaian Risiko Tidak Terikat. 

Selain daripada itu, PUSPAKOM juga telah membuka pelbagai saluran bagi membolehkan para pelanggan memberikan komen dan pandangan berhubung perkhidmatan yang diberikan termasuklah talian telefon dan e-mel.

Manakala di peringkat operasi pula, PUSPAKOM telah menaiktaraf infrastruktur, peralatan dan sistem pemeriksaan yang ketat bagi memastikan segala operasi memenuhi piawaian standard yang telah ditetapkan. 

PUSPAKOM juga mempunyai Pusat Pemantauan Berpusat (Centralised Monitoring Centre) bagi memantau segala operasi yang dijalankan oleh pasukan pemeriksaan mudah alih di luar pejabat. 

Para pelanggan juga boleh menyemak status kenderaan mereka yang diperiksa menerusi paparan secara langsung yang dipamerkan di pusat pemeriksaan PUSPAKOM. 
 


Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat, PUSPAKOM telah memperkenalkan MyPUSPAKOM, sebuah platform tempahan dan bayaran secara dalam talian bagi memastikan segala transaksi dilakukan secara telus, selain mengelakkan kesilapan maklumat dan bayaran berlebihan yang dikenakan oleh pihak ketiga.

Menurut Shukor lagi, usaha menangani isu integriti memerlukan usaha yang berterusan, maka kerjasama daripada setiap pihak yang berkepentingan adalah perlu untuk menjadikannya satu kejayaan untuk PUSPAKOM. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sejak kejadian, pasukan khidmat pelanggan Chery telah berhubung rapat dengan pelanggan dan telah…
Berita Domestik
"Ia juga bakal menarik minat pelabur-pelabur yang mahu membawa masuk teknologi terkini dalam…
Informasi
Katanya, ia dapat membantu mengenal pasti tahap keselamatan kenderaan menggunakan peralatan…