PUSPAKOM perkenal PAR - program runner yang diiktiraf elak manipulasi orang tengah

oleh Mohamad Hanif|
PUSPAKOM baru-baru ini memperkenalkan program baharu yang dinamakan sebagai Wakil Pelanggan yang Diluluskan (PUSPAKOM Approved Customer Representative, PAR).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Langkah tersebut bertujuan untuk mengukuhkan integriti dan mengekalkan amalan tertinggi bagi memastikan operasi dijalankan secara telus, professional dan saksama, terutama bagi pelanggan PUSPAKOM yang menggunakan khidmat orang tengah (runner).

Menerusi program PAR, PUSPAKOM akan membuat saringan latar belakang bagi semua runner dan mengadakan sesi taklimat yang disusuli dengan Ikrar Bebas Rasuah.

Mana-mana runner yang telah lulus saringan akan didaftar sebagai PAR.

Orang ramai boleh merujuk senarai khidmat orang tengah menerusi laman web PUSPAKOM.
 

PAR


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Shukor Ismail berkata, "Program PAR ini adalah satu inisiatif bagi mewujudkan persekitaran yang positif, telus dan beretika bagi pihak yang berurusan di PUSPAKOM.

Walau bagaimanapun, PUSPAKOM masih mengalu-alukan orang ramai untuk hadir sendiri berurusan di pusat pemeriksaan PUSPAKOM.

PUSPAKOM akan terus melaksanakan inisiatif memperkukuhkan intergriti di bawah Rangka Kerja Integriti & Pematuhan PUSPAKOM (PICF), pelan komprehensif untuk menangani risiko integriti, sebagai usaha bersepadu dalam meningkatkan tahap integriti seluruh Syarikat.

PICF adalah selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 17A (Liabiliti Korporat bagi kesalahan rasuah) Akta SPRM 2009 (Pindaan 2018) dan Tatacara Mencukupi dalam usaha memperkukuh pencegahan rasuah termasuk Prinsip T.R.U.S.T.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sejak kejadian, pasukan khidmat pelanggan Chery telah berhubung rapat dengan pelanggan dan telah…
Berita Domestik
"Ia juga bakal menarik minat pelabur-pelabur yang mahu membawa masuk teknologi terkini dalam…
Informasi
Katanya, ia dapat membantu mengenal pasti tahap keselamatan kenderaan menggunakan peralatan…