Puspakom lancar tempoh percubaan, beroperasi 16 jam sehari

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) melancarkan tempoh percubaan bagi waktu operasi iaitu 16 jam sehari di cawangan Glenmarie bermula 2 September 2024 hingga 3 Januari 2025.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mahmood Razak Bahman berkata, ia merupakan kaedah proaktif bagi menampung permintaan pemeriksaan yang semakin meningkat dan salah satu langkah strategik ke arah skop pasaran terbuka dalam industri itu di Malaysia.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

“Sepanjang tempoh percubaan ini, pelanggan yang ingin membuat pemeriksaan di cawangan Glenmarie boleh membuat janji temu lebih awal bermula 16 Ogos 2024 di laman web www.mypuspakom.com.my.

“Dengan waktu operasi yang baharu ini, secara tidak langsung dapat menyediakan lebih banyak slot janji temu pemeriksaan kepada pelanggan.

“Penambahan waktu operasi ini merupakan sebahagian daripada projek percubaan Puspakom untuk menilai kesesuaian pelaksanaan waktu operasi yang lebih panjang,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut beliau memaklumkan, inisiatif berkenaan juga adalah untuk mengurangkan kesesakan di cawangan Puspakom yang mempunyai trafik tinggi dan untuk permulaan cawangan Glenmarie terpilih bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan.

Ujarnya, ia bukan sahaja mencerminkan komitmen Puspakom dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik, bahkan sebagai usaha untuk memastikan pelanggan dapat merancang pemeriksaan dengan lebih fleksibel dan selesa.

“Kami ingin melihat sambutan pelanggan terhadap lanjutan waktu operasi ini dan sekiranya mendapat sambutan yang baik, kami akan melaksanakan secara berperingkat di cawangan lain.

“Kami mengalu-alukan kedatangan pelanggan ke cawangan Puspakom Glenmarie dengan waktu operasi baharu ini dan akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan kami.

“Untuk makluman, waktu operasi di cawangan Puspakom yang lain masih kekal, bermula jam 8 pagi hingga 5:30 petang,” katanya.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata pindaan kadar caj dibuat selepas pertimbangan menyelaraskan caj perkhidmatan dengan…
Berita Domestik
"Kita mempunyai pelanggan yang ramai, setiap tahun 1.4 juta pelanggan datang periksa kenderaan…
Berita Domestik
“Siasatan masih dijalankan dengan bantuan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kami sedang mengenal…