PUSPAKOM laksana transaksi tanpa tunai sepenuhnya 1 Julai 2022

oleh Mohamad Hanif|
Kesemua 54 pusat pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM di seluruh negara akan melaksanakan urus niaga tanpa tunai sepenuhnya untuk semua jenis kenderaan bermula 1 Julai 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Peralihan kepada transaksi tanpa tunai ini mampu menjimatkan masa, selain lebih selamat dan selaras dengan aspirasi PUSPAKOM untuk mendigitalkan sepenuhnya urusan di kaunter.

Pelanggan boleh membuat bayaran menerusi pilihan e-dompet seperti PUSPAKOM e-wallet, GrabPay, TnG, Boost, WeChat Pay, Alipay, Maybank QRPay, serta opsyen pembayaran menggunakan kad debit atau kad kredit.

Shukor Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM yakin urus niaga tanpa tunai ini akan melancarkan proses dan operasi pemeriksaan.

“Sejak April tahun lalu, pembayaran tanpa tunai serta pengeluaran laporan pemeriksaan dan resit secara elektronik tanpa kertas sememangnya telah dilaksanakan. Namun pembayaran secara tunai masih lagi dibenarkan ketika itu, atas pertimbangan masih ada sebilangan kecil pelanggan yang tidak memiliki e-dompet, kad debit atau kredit," kata Shukor.

“Data bagaimanapun menunjukkan lebih 90% pelanggan PUSPAKOM kini menggunakan kaedah transaksi tanpa tunai di semua cawangan kami. Ini jelas menunjukkan kaedah pembayaran tanpa tunai ini menjadi pilihan kerana ia lebih mudah dan cepat. Di waktu pandemik seperti sekarang, ia juga lebih selamat dari segi kebersihan”, tambah Shukor lagi.