PUSPAKOM kini tawar perkhidmatan pembaharuan lesen kenderaan

oleh Mohamad Hanif|
PUSPAKOM Sdn. Bhd. (PUSPAKOM) hari ini mengumumkan perlantikan sebagai Ejen Pemungut Hasil Kerajaan dalam mengendalikan urusan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah Seksyen 125 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perkhidmatan ini akan dilaksanakan secara berperingkat, bermula dengan LKM untuk kenderaan perdagangan ringan BDM 7,500kg dan ke bawah. 

Sejak 3 Februari 2020, pelanggan boleh memperbaharui LKM kategori tersebut di PUSPAKOM Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Perkhidmatan ini dijangka akan ditawarkan secara berperingkat di 54 pusat pemeriksaan PUSPAKOM dalam masa terdekat. 

Majlis Pelancaran Perkhidmatan Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor inl telah disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Loke Siew Fook di PUSPAKOM Wangsa Maju hari ini. 

Turut hadir adalah Ketua Pengarah JPJ, Dato' Sri Shaharuddin Khalid, ahli Lembaga Pengarah PUSPAKOM, Datuk Kamarudln Md Ali dan Shaharul Farez Hassan, serta Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Shukor Ismail. 
 


Perlaksanaan perkhidmatan adalah sebahagian usaha ke arah menjadikan PUSPAKOM sebuah pusat perkhidmatan setempat atau “One-Stop-Centre” yang membolehkan pelanggan dan orang awam membuat urusan berkaitan kenderaan termasuk pembaharuan LKM selain daripada pemeriksaan kenderaan.

Perkhidmatan mesra pelanggan sedia ada di PUSPAKOM ketika ini adalah pembaharuan lnsurans kenderaan. 

lni merupakan pendekatan Kerajaan untuk memudahkan orang awam dalam segala urusan berkaitan perkhidmatan Kerajaan dengan JPJ.

Urusan pembaharuan LKM di PUSPAKOM ini akan memberi pelanggan lebih pilihan lokasi untuk menguruskan permohonan pembaharuan LKM mereka, iaitu sama ada di JPJ mahupun di PUSPAKOM. 

 


Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol PUSPAKOM 1-800-88-6927, e-mel [email protected], mesej peribadi di Facebook rasmi PUSPAKOM Sdn Bhd atau Live Chat melalui laman sesawang PUSPAKOM di www.puspakom.com.my.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sejak kejadian, pasukan khidmat pelanggan Chery telah berhubung rapat dengan pelanggan dan telah…
Berita Domestik
"Ia juga bakal menarik minat pelabur-pelabur yang mahu membawa masuk teknologi terkini dalam…
Informasi
Katanya, ia dapat membantu mengenal pasti tahap keselamatan kenderaan menggunakan peralatan…