PUSPAKOM Johor Baharu dan Wangsa Maju dibuka 7 hari seminggu

oleh SALINA JALIL|
PUSPAKOM Sdn Bhd (Puspakom) hari ini mengumumkan bahawa cawangan Wangsa Maju dan Johor Bahru akan beroperasi tujuh (7) hari seminggu bermula 15 Mac, sejajar usaha meningkatkan kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Shukor Ismail berkata,“Puspakom sentiasa mengambil berat terhadap keperluan pelanggan dan berusaha membuat penambahbaikan selaras dengan kehendak pelanggan selain inisiatif Puspakom dalam menangani kesesakan di sesetengah cawangan yang menerima jumlah kehadiran kenderaan yang tinggi pada waktu-waktu atau hari-hari tertentu.”

 

Keputusan tambahan hari operasi ini adalah susulan maklum balas yang diterima semasa Puspakom mengadakan ‘#welistenwecare Hari Bertemu Pelanggan’.

 

Pelaksanaan lanjutan waktu operasi ini dijangka akan diperluaskan secara berperingkat ke beberapa cawangan lain yang menerima jumlah kenderaan yang tinggi untuk kemudahan dan keselesaan pelanggan. Namun, PUSPAKOM akan mengkaji semula initiatif dan waktu operasi tersebut dari semasa ke semasa dan dapat mencapai kos secara efisyen tanpa pembaziran waktu dan tenaga.
 

Maklumat selanjutnya adalah seperti berikut:
 

timetable

 

 

 

 

 

 

 

 

Sehubungan itu, Puspakom juga menggalakkan pelanggan untuk membuat temujanji dalam talian MyPUSPAKOM terlebih dahulu agar dapat menguruskan masa dengan lebih baik. Ia juga dapat mengawal jumlah kehadiran kenderaan pada satu-satu masa di cawangan-cawangan Puspakom di bandar-bandar utama. Namun begitu, kehadiran pelanggan secara walk-in masih diterima.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sehingga tarikh 10 April 2019, Puspakom hanya menerima kira-kira 35 buah kereta daripada 200,000…
Berita Domestik
PUSPAKOM Sdn Bhd (PUSPAKOM) menyarankan agar semua pemandu kenderaan E-Hailing tidak menunggu…
Berita Domestik
  Unit Pemeriksaan Bergerak Puspakom juga akan menawarkan pemeriksaan percuma di lokasi berikut…