Pusingan terakhir Vios Challenge - Mampukah Diana Danielle kekal kedudukan teratas?

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kelas Promotional

Kedudukan terkini pelumba selebriti lokal kini menyaksikan persaingan antara tiga tunjang utama, Diana Danielle, Akim Ahmad dan juga Nabil Ahmad. 

Diana kini mendahului mata keseluruhan dengan 79 poin, diikuti oleh Akim dan Nabil di tangga kedua dengan mata keseluruhan 72.

Ketiga-tiga pelumba di atas konsisten di sepanjang tiga pusingan perlumbaan yang telah diadakan sebelum ini dengan kejayaan menduduki podium. 

Sementara itu di tempat keempat Aiman Tino yang berjaya menjadi juara di pusingan kedua dengan catatan mata 61 manakala Duta Rasmi Toyota Yaris, Janna Nick berada di tempat kelima dengan 58 mata. 
 

Kelas Sporting

Kelas Sporting bakal menyaksikan perlumbaan empat penjuru melibatkan Patrick Tam (Nanoplus), Eric Yong (ST Wangan Racing Team), Kenneth Koh (Panglima City Racing Team) dan Brendon Lim (Tedco Racing). 

Antara yang mencuri tumpuan kali ini ialah kehadiran pelumba muda, Hayden Haikal yang berusia 15 tahun. 

Selebriti yang bertanding dalam kelas ini, Shawn Lee kini berada di kedudukan nombor tujuh manakala rakannya Shukri Yahaya di tangga ke 12, satu anak tangga di atas Hayden Haikal.

Bagaimanakah Litar Sepang bakal menjadi penentu nasib pelumba muda ini, nantikan aksi beliau pada hujung minggu ini. 
 

Kelas Super Sporting

Empat pelumba handalan dalam kelas Super Sporting bakal berentap dengan sengit untuk merebut kedudukan teratas Pusingan Akhir Musim Kedua Toyota VIOS Challenge. 

Boy Wong kini bersaing rapat dengan Willam Ho daripada Kegani Racing dengan beza catatan 1 mata sahaja. 

Walaubagaimanapun, saingan daripada pelumba lain seperti Brendan Paul Anthony (Dream Chaser) yang sebelum ini menjuarai Kelas Sporting musim lalu, Kenny Lee (Kegani Racing) serta Syafiq Ali (M7 Racing Team) tidak boleh dipandang remeh sama sekali. 


 


Litar sepanjang 2.7 km meliputi separuh daripada jarak keseluruhan Litar Sepang bakal menyaksikan sembilan selekoh yang menguji skil pemanduan dan kesabaran para pelumba selama dua hari perlumbaan. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Presiden Toyota Motor UMW, Ravindran K berkata, "GAZOO Racing telah berkembang selama tiga musim…