Pusingan Akhir Vios Challenge tampil format perlumbaan malam

oleh Mohamad Hanif|
Julung kalinya, Vios Challenge Musim Keempat akan menampilkan format perlumbaan malam pada hujung minggu ini (20-21 November) di Litar Antarabangsa Sepang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, "Musim 4 akan dikenang sebagai musim yang paling mencabar ekoran wabak COVID-19, dan ia mungkin memberikan kesan kepada prestasi pasukan dan juga pelumba.

"Namun di satu sisi lain, ia menjadikan persaingan bertambah sengit, dan menambahkan lagi cabaran kepada pelumba adalah format perlumbaan Vios Challenge yang diadakan pada waktu malam!
 

TGR


Di dalam kelas Super Sporting, pelumba pasukan M7 Japan Project Syafiq Ali kini berada di kedudukan terbaik dengan pungutan 55 mata setakat ini.

Walaupun hanya memenangi satu perlumbaan musim ini, beliau antara pemandu yang paling konsisten dengan meraih tiga kedudukan podium daripada empat perlumbaan.

Sementara pendahulu Pusingan 1, pelumba kegemaran dan johan dua kali Super Sporting Tengku Djan Ley berdepan cabaran di luar jangkaan pada Pusingan 2, dan beliau gagal mendapatkan keududkan podium bagi kedua-dua perlumbaan.

Bagi kategori Sporting, Adam Khalid dari Crestmax Motorspot mendahului secara keseluruhan dengan 53 mata, 10 mata di depan pelumba persendirian, Eric Yong yang mengutip 43 mata. Di tempat ketiga adalah Clement Yeo dengan 36 mata yang dikejar rapat oleh Haji Sutan Mustaffa Salihin (33 mata) dan pelumba Aylezo Motorspot, Mirza Syahmi Mahzan yang hanya satu mata di belakang (32 mata).

Kelas Promotional menyaksikan pelakon Zizan Razak dan Shukri Yahaya masing-masing dipisahkan dengan satu mata, dan mereka berpeluang untuk dimahkotakan sebagai johan keseluruhan kelas tersebut.

Di tangga ketiga dengan 41 mata adalah penyanyi Khai Bahar, disusuli dengan Ketua Pegawai Motorsport TOYOTA GAZOO Racing Malaysia Akio Takeyama dengan 39 mata. Pengacara Nabil Ahmad pula di tangga kelima, dengan hanya kurang satu mata.

Persaingan dalam kelas Rookie pula menyaksikan pelumba simulator, Naquib Azlan memenangi tiga daripada empat perlumbaan dengan pungutan 74 mata mendahulu pesaing di tempat kedua (Amer Harris, 59 mata) dan ketiga (Mika Hakimi, 54 mata).
 

TGR


Dalam pada itu, TOYOTA GAZOO Racing Malaysia akan turut menyertai perlumbaan S1K (Sepang 1000km) di dalam kelas MTC Production dan SP2 Production, selain menganjurkan Piala Vios Enduro untuk pelumba persendirian dan pasukan pengedar yang bersaing di dalam SP2 Production.

Kelas MTC Production menggandingkan Akio Takeyama, Tengku Djan Ley, serta pelumba Rookie Naquib Azlan sementara SP2 Production pula menampilkan gandingan dua pelumba Rookie Jwan dan Mika bersama pelakon Zizan Razak.

Piala Vios Enduro menawarkan hadiah utama berjumlah RM10,000.00 bagi pelumba persendirian dan pasukan pengedar, manakala naib juara dan tempat ketiga bakal mendapat RM8,000 dan RM6,000. Wang tunai sebanyak RM4,000 dan RM2,000 pula buat pelumba di tempat keempat dan kelima.

Perlumbaan 1,000 km dijangka memakan masa sembilan jam dengan 181 pusingan Litar Antarabangsa Sepang.

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Selain daripada itu, perlumbaan tahunan berprestij ini bakal menyaksikan penganjuran sulung Piala…
Berita Domestik
Kolaborasi antara penganjur Japan Super GT dan TGR Malaysia bakal menyaksikan pelbagai acara…