Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Tangkak hujung minggu ini!

oleh SALINA JALIL|
Seramai 160 pelumba mengesahkan penyertaan dalam tujuh kelas perlumbaan Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS yang dijadual berlangsung di Litar Tangkak, Johor minggu ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Selepas pembuka tirai musim 2020 berakhir di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), 17 Julai lalu, persaingan tentunya terarah kepada CP125 yang menyaksikan empat pelumba ONEXOX TKKR membolot empat kedudukan teratas carta kelas pertengahan itu.

 

Dalam kelas perdana, CP150, Mohd Helmi Azman daripada pasukan Hi Rev SCK Honda Racing tentunya ke Selatan tanah air penuh motivasi selepas meraih kemenangan di Sepang dengan catatan keseluruhan terpantas, 15 minit 34.837 saat.

 

Tidak kurangnya dalam kelas WIRA yang menyaksikan pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing mendahului tangga kejuaraan melalui bakat baharu, Rahimi Nabil Razu.

 

Seperti ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP), penganjuran sukan tanpa sentuhan, Pusingan 2 ini akan berlangsung dalam litar tertutup dan tanpa kehadiran penonton.

 

Peminat sukan permotoran dua roda khususnya boleh mengikuti perkembangan terkini perlumbaan menerusi laman sosial kejuaraan dan juga televisyen.

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Pengasas AHM Motorsport, Kenny Chua berkata, “Tahun 2023, merupakan detik sangat bermakna buat kami…
Sukan Bermotor
  "Saya begitu berpuas hati dengan keputusan hari ini. Kemenangan ini sememangnya begitu berharga…
Sukan Bermotor
  Selepas penangguhan aksi Pusingan 1 yang dijadualkan berlangsung di Litar Lumba Tangkak, Johor…