Pusingan 1 Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) 2020, Zaqhwan tawan litar Sepang

oleh SALINA JALIL|
Pelumba Boon Siew Honda Racing Team, Mohd Zaqhwan Zaidi meraih kemenangan berturut-turut pada Pusingan 1 Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) 2020 yang berakhir di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Zaqhwan menguasai ketiga-tiga perlumbaan MSBK1000cc dan kini mendahului carta keseluruhan kelas perdana itu dengan 75 mata.

Selepas hampir sembilan bulan tidak beraksi dalam saingan kompetitif disebabkan pandemik COVID-19, penyertaannya dalam perlumbaan domestik ini secara tidak langsung menjadi satu suntikan semangat buat dirinya mengekalkan skil.

 

"Walaupun tiada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) tahun ini kerana COVID-19, saya mengalihkan tumpuan kepada MSBK untuk mencari kembali rentak dan meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih baik.

"Saya menumpukan perhatian 100 peratus sepanjang perlumbaan ini. Terima kasih pada Boon Siew Honda Racing Team kerana banyak membantu saya dan mereka sudah melakukan kerja yang baik".

 

Farid Badrul Hisham dari Horizon Racing Team dan Ahmad Daniel Haiqal masing-masing menunjukkan kebangkitan pada Perlumbaan 2 dan 3.

Walaupun tidak dapat menyekat Zaqhwan namun mereka kekal berusaha dan menjadi lebih kompetitif.

Farid berada di tempat kedua dengan mata 60 dalam kedudukan keseluruhan manakala Daniel di tempat ketiga, 48 mata.

 

Kehadiran Zaqhwan, memberi impak yang positif buat Farid dan Daniel kerana dapat menimba pengalaman yang baru dari segi kawalan jentera lumba dan sebagainya.

 

Beralih pada saingan MSBK600cc, Ibrahim Norrodin dari SIC Racing Team kini mengungguli carta keseluruhan selepas mengumpul mata maksimum 75 mata.

Ibrahim berkata: "Saya rasa gembira dengan kemenangan berturut-turut. Saya cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik dengan mengejar pelumba MSBK1000.

Terima kasih kepada rakan pasukan kerana memberi jentera lumba yang baik. Dengan tiadanya ARRC, MSBK menjadi tempat untuk kami melepaskan rindu untuk berlumba."

Naib juara keseluruhan MSBK600, Azroy Hakeem dari Boon Siew Honda Racing Team dengan 60 mata manakala Helmi Azman dari Hi-Rev SCK Honda Racing Team berada di tempat ketiga dengan 48 mata.

 

 

KEPUTUSAN

Perlumbaan 2

 

MSBK1000

1. Mohd Zaqhwan Zaidi (Honda) (Boon Siew Honda Racing Team), 21'34.639s

2. Mohd Farid Badrul Hisam (BMW) (Horizon Racing Team), 21'48.525s

3. Ahmad Daniel Haiqal (BMW) (MME Racing Team Malaysia), 21'51.641s

 

MSBK600

1. Mohd Ibrahim Mohd Norrodin (Yamaha) (SIC Racing Team), 21'56.746s

2. Azroy Hakeem Anuar (Honda) (Boon Siew Honda Racing Team), 21'48.525ss

3. Mohd Helmi Azman (Honda) (Hi-Rev SCK Honda Racing), 21'51.641s

MSBK250

1. Mohd Danial Syahmi A Shahril (Kawasaki) (SIC Racing Team), 20'09.244s

2. Mohd Idlan Hakimi Raduan (Honda) (Boon Siew Honda Racing Team), 20'13.064s

3. Mohd Izam Ikmal (Honda) (Hi-Rev SCK Honda Racing Team), 20'13.151s

MSBK150

1. Mohd Izzat Zaidi Salehan (Yamaha) (JR Performance Wossner YYPang Racing Team), 15'55.392s

2. Ahmad Fazrul Sham (Yamaha) (Cardinals Racing Team), 15'55.715s

3. Mohd Akid Aziz (Yamaha) (UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team), 15'55.762s

Perlumbaan 3

MSBK1000

1. Mohd Zaqhwan Zaidi (Honda) (Boon Siew Honda Racing Team), 21'35.569s

2. Mohd Farid Badrul Hisam (BMW) (Horizon Racing Team), 21'46.165s

3. Ahmad Daniel Haiqal (BMW) (MME Racing Team Malaysia), 22'14.920s

MSBK600

1. Mohd Ibrahim Mohd Norrodin (Yamaha) (SIC Racing Team), 21'49.240s

2. Azroy Hakeem Anuar (Honda) (Boon Siew Honda Racing Team), 21'46.165s

3. Mohd Helmi Azman (Honda) (Hi-Rev SCK Honda Racing), 22'14.920s

MSBK250

1. Mohd Izam Ikmal (Honda) (Hi-Rev SCK Honda Racing Team), 20'11.054s

2. Mohd Idlan Hakimi Raduan (Honda) (Boon Siew Honda Racing Team), 20'11.481s

2. Mohd Danial Syahmi A Shahril (Kawasaki) (SIC Racing Team), 20'11.552s

MSBK150

1. Ahmad Fazrul Sham (Yamaha) (Cardinals Racing Team), 15'39.778s

2. Mohd Haziq Mohd Fairues (Yamaha) (UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team), 15'44.395s

3. Mohd Akid Aziz (Yamaha) (UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team), 15'44.417s

KEDUDUKAN

MSBK1000

1. Mohd Zaqhwan Zaidi (Honda) (Boon Siew Honda Racing Team), 75 mata

2. Mohd Farid Badrul Hisam (BMW) (Horizon Racing Team), 60

3. Ahmad Daniel Haiqal (BMW) (MME Racing Team Malaysia), 48

MSBK600

1. Mohd Ibrahim Mohd Norrodin (Yamaha) (SIC Racing Team), 75

2. Azroy Hakeem Anuar (Honda) (Boon Siew Honda Racing Team), 60

3. Mohd Helmi Azman (Honda) (Hi-Rev SCK Honda Racing), 48

MSBK250

1. Mohd Idlan Hakimi Raduan (Honda) (Boon Siew Honda Racing Team), 65

2. Mohd Danial Syahmi A Shahril (Kawasaki) (SIC Racing Team), 61

3. Mohd Izam Ikmal (Honda) (Hi-Rev SCK Honda Racing Team), 57

MSBK150

1. Ahmad Fazrul Sham (Yamaha) (Cardinals Racing Team), 70

2. Mohd Haziq Mohd Fairues (Yamaha) (UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team), 40

3. Mohd Iqbal Amri Abdul Malek (Yamaha) (Cardinals Racing Team), 38

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Khairul Idham atau mesra dikenali dengan julukkan Super KIP akan mewakili pasukan TKKR Racing dan…
Sukan Bermotor
  Ia akan bermula dengan aksi bagi  Pusingan 1 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 April…