Pusat Servis Volkswagen beroperasi sepenuhnya

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan bahawa semua pusat servisnya telah beroperasi pada kapasiti sepenuhnya bermula minggu ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut syarikat itu, semua pengedar Volkswagen di seluruh negara telah memulakan kempen ‘Safe Hands’ yang melibatkan prosedur operasi standard (SOP) baharu seperti penerimaan kenderaan tanpa kontak, tayangan video panduan, sanitasi sebelum dan selepas penyelenggaraan dan pembayaran tanpa tunai dengan e-invois.

 

 

 

Bukan itu sahaja, sesetengah pengedar juga akan menawarkan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran kenderaan.

 

Langkah-langkah keselamatan lain akan turut dilaksanakan di pusat servis termasuk pembasmian premis secara kerap dan saringan suhu badan untuk semua kakitangan dan pelanggan.

 

Perkhidmatan hanya akan diberikan kepada pelanggan yang membuat janji temu. Oleh itu, semua pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi pusat servis terdekat terlebih dahulu.

 

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web VPCM dan tempah slot janji temu anda.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Touareg terbaharu kini sudah memasuki generasi yang ketiga, dan merupakan SUV pertama keluaran…
Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…