Pusat servis Mitsubishi Motors beroperasi semula di seluruh negara

oleh SALINA JALIL|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia, mengumumkan bahawa pusat servis terpilih akan beroperasi semula di seluruh negara bermula hari ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Pusat perkhidmatan MMM telah mendapat kebenaran dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Industri (MITI) untuk beroperasi semasa Fasa Empat (4) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Para pelanggan boleh menghubungi pusat servis sah MMM terdekat sekiranya memerlukan servis dan penyelenggaraan kereta.

 

Dalam usaha memastikan pusat perkhidmatan tetap selamat untuk pelanggan dan kakitangan mereka, langkah-langkah keselamatan berikut perlu dipatuhi dengan ketat:

 

  • Hanya janji temu sahaja, tiada konsep 'walk in' atau anda tidak dibenarkan masuk
  • Penerimaan kereta tanpa hubungan
  • Pengambilan (pick-up) dan penghantaran (drop-off) sahaja, pelanggan tidak dibenarkan menunggu di premis perkhidmatan
  • Pemeriksaan suhu badan dan penggunaan topeng muka (mask) untuk semua pelanggan dan kakitangan
  • Pembersih tangan sanitiser boleh didapati di pintu masuk pusat perkhidmatan
  • Kenderaan akan dibersihkan sebelum diserahkan kepada pelanggan

 

Untuk bantuan kecemasan atau pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi pusat panggilan Mitsubishi Assist 24Hours di 1-800-88-2166 / 03-21610246 atau di laman web http://www.mitsubishi-motors.com.my/.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk setiap pembelian dua versi model Triton ini, pembeli akan menerima duit raya bernilai RM2,000…
Berita Domestik
Pembesaran bilik pameran terbaru itu merupakan bilik pameran terbesar Mitsubishi Motors di Kuching…
Berita Domestik
Datang eksklusif dalam warna White Diamond, Triton AT Premium ini membawakan kemasan bampar depan…