Pusat servis dan pengedar Volkswagen kekal beroperasi di seluruh negara

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia mengesahkan bahawa semua pengedar sah dan pusat servis Volkswagen di seluruh negara kekal beroperasi.


Volkswagen turut memberi jaminan bahawa tahap kebersihan juga dipraktikan di semua pengedarnya. Ini termasuklah sanitasi di premis dan kenderaan, pemeriksaan keselamatan yang teratur, daftar masuk aplikasi MySejahtera serta pemeriksaan suhu.
Modenas

 

Volkswagen juga memberi kemudahan kepada mereka yang lebih gemar berada di rumah, Volkswagen eShowroom dibuka 24 jam. Ia menawarkan penjimatan dalam talian yang eksklusif bersama rebat Tahun Baru Cina. Perkhidmatan penghantaran ke rumah dalam radius 20km dari pengedar yang pelanggan pilih juga adalah percuma. 

 

Bagi pemilik kenderaan, semua pusat servis Volkswagen di seluruh negara mematuhi garis panduan inisiatif ‘Safe Hands’ yang ketat.

 

Ini merangkumi penerimaan kenderaan tanpa sentuhan, taklimat video, sanitasi sebelum dan selepas servis, bayaran tanpa tunai menerusi e-invois serta pengambilan kenderaan tanpa sentuhan. Para pemilik dinasihatkan membuat tempahan slot servis mereka secara dalam talian. 

 

Perkhidmatan Bantuan Tepi Jalan juga terus beroperasi. Jika ada kecemasan, hubungi sahaja talian bebas tol 1800-88-2389. Pasukan Volkswagen Customer Care juga boleh dihubungi di talian bebas tol 1-800-18-8947 atau menerusi mesej langsung di saluran media sosial Volkswagen. 

 

Volkswagen akan terus bersama-sama dengan seluruh rakyat Malaysia dalam tempoh mencabar ini dan meminta orang ramai berada di dalam rumah, di samping memainkan peranan masing-masing dalam menghalang penyebaran virus COVID-19.
 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Di samping rebat 'ang pao' yang ditawarkan, pelanggan yang membuat tempahan menerusi eShowroom …
Informasi
  Aplikasi Volkswagen Cares dibangun dan diuruskan oleh kepakaran tempatan untuk pasaran Malaysia…
Pelancaran
Sedan segmen D itu diberikan penampilan yang lebih sporti iaitu trim R-Line terdiri daripada…