Pusat servis dan bilik pameran Motor Image dibuka semula

oleh SALINA JALIL|
TC Subaru Sdn Bhd mengumumkan bahawa semua bilik pameran dan pusat servis yang beroperasi di bawah Motor Image Malaysia telah dibuka semula.

 

Sebagai langkah berjaga-jaga, para pelanggan juga masih mempunyai pilihan untuk melakukan pandu uji di rumah.

 

Anda hanya menghubungi bilik pameran terdekat untuk membuat janji temu dan perunding jualan akan menghantar  sendiri kereta pandu uji ke rumah. Setiap kenderaan akan dibasmi kuman sebelum dan selepas pandu uji.

 

Sebagai langkah berjaga-jaga, setiap titik sentuh (contact point) di bilik pameran seperti komputer, alat tulis, kaunter dan meja akan menjalan proses pembersihan dan dibasmi kuman setiap hari.

 

Kakitangan yang bertugas juga akan memakai topeng muka semasa bekerja.

 

reception

 

Pelanggan yang hadir sendiri untuk perkhidmatan servis kenderaan, anda perlu mendaftar butiran peribadi bagi memudahkan pengesanan kontak.

 

Suhu badan para pelanggan juga akan diambil dan sekiranya suhu badan melebihi  37.5°C dan ke atas, anda tidak akan dibenarkan masuk ke bilik pameran dan pusat servis.

 

Bagi memastikan jarak selamat (social distancing), pihak Subaru akan mengehadkan bilangan pelanggan yang dibenarkan ke bilik pameran pada satu-satu masa.

 

Penanda penjarakan sosial juga diletakkan pada jarak setiap 1 meter.

 

Ruang menunggu juga akan ditutup dan para pelanggan dinasihatkan untuk menghantar dan kembali untuk mengambilnya setelah servis selesai. Pembayaran tanpa tunai juga turut digalakkan.

 

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Subaru, isu spring injap tersebut berkemungkinan besar timbul akibat tekanan di bawah beban…
Telah Diuji
Subaru XV ialah model yang menukar imej Subaru dari jenama sejuk dan hanya bertumpu kepada model-…
Model Terbaharu
  Subaru XV serba baharu ini adalah sebuah kenderaan Crossover yang memenuhi kehendak masa kini,…