Pusat servis dan bilik pameran Mitsubishi Malaysia beroperasi semula

oleh SALINA JALIL|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan bahawa kebanyakkan bilik pameran dan juga pusat 3S mereka di seluruh negara sudah pun beroperasi sejak 4 Mei lalu, selaras dengan kebenaran yang telah pun diberikan oleh kerajaan dalam perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Pendekatan yang diambil oleh MMM dalam operasi mereka adalah mengamalkan langkah-langkah pencegahan penularan wabak Covid-19, yang bukan sahaja selari dengan arahan kerajaan, malah turut dibuat bagi memastikan keselamatan pelanggan mereka.
Modenas

 

Walau bagaimana pun, pelanggan perlu membuat temu janji terlebih dahulu.

 

Pihak MMM akan menjalankan langkah berjaga-jaga dengan mempraktikkan langkah-langkah berikut:

 

  • Pengambilan suhu badan sebelum masuk ke bilik pameran.
  • Cecair pembasmi kuman untuk tangan akan disediakan di pintu masuk.
  • Kesemua kakitangan dan pelanggan perlu memakai pelitup muka di dalam premis.
  • Jarak sosial akan sentiasa diamalkan dan diperhatikan.
  • Proses sanitasi akan sentiasa di buat di sekitar bilik pameran.
  • Kereta-kereta yang dipamerkan dan dipandu uji akan sentiasa dilakukan proses sanitasi

 

Bagi pelanggan yang ingin servis kenderaan anda, anda perlu membuat janji temu terlebih dahulu. Tiada 'walk in' dibenarkan. Anda digalakkan untuk meninggalkan kenderaan anda di pusat servis dan datang semula setelah selesai diserviskan. 

 

Setiap kenderaan akan dilapik dengan pelindung tempat duduk dan stereng, dan ianya akan dibuka sebelum kereta dipulangkan kepada pemilik. Pelapik ini tidak akan diguna semula. Proses sanitasi juga akan dibuat sebelum kenderaan diserahkan kembali kepada pelanggan.

 

MMM memberikan tempoh lanjutan 90 hari (atau 2,500 km dari bacaan perbatuan) dari tarikh sepatutnya ia diservis ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Tomoyuki Shinnishi, CEO MMM berkata, “Kesihatan dan keselamatan semua pelanggan dan kakitangan kami sentiasa menjadi keutamaan. Dalam masa kesemua langkah-langkah ini diambil, pasukan kami komited untuk memastikan gangguan yang minimal kepada perniagaan dan penyediaan servis kami kepada pelanggan. Kami akan terus memantau rapat semua perkara dan mempraktikkan langkah berjaga-jaga dan pencegahan bagi memastikan ia selamat dan selesa untuk pelanggan kami.”

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Warna Sun Flare Orange Pearl ini merupakan warna khusus yang ditawarkan untuk varian Mitsubishi…
Berita Domestik
Semenjak tempahan dibuka pada 22 Oktober yang lalu, Mitsubishi XPANDER telah berjaya mencatatkan…
Berita Domestik
Mitsubishi XPANDER dipasang di HICOM Automotive Manufacturers Sdn Bhd, dengan sasaran produksi…