Pusat Penyelidikan Kemalangan Universiti Monash - Pemandu kereta ‘412 kali ganda’ risiko maut jika dilanggar trak pikap

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Pemandu kenderaan kecil yang dilanggar oleh kenderaan pacuan empat roda adalah 412 kali lebih berisiko maut atau cedera parah.


Menerusi perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia (PHM), sebuah kajian yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Kemalangan Universiti Monash, menunjukkan 1 juta rempuhan kenderaan seorang pemandu kereta kecil yang dilanggar oleh pacuan empat roda adalah 412 kali lebih berkemungkinan maut atau cedera parah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

“Analisa itu meliputi kemalangan di Australia antara 1987 dan 2000, berdasarkan laporan polis.

 

“Selain itu, Ia (pacuan empat roda) adalah kira-kira 40 peratus lebih berkemungkinan untuk membunuh anda atau mencederakan anda secara serius dalam satu kemalangan kenderaan,” katanya dalam satu hantaran.

 

Jelas PHM, bukan sahaja di Malaysia, pemanduan berisiko pemandu pacuan empat roda sudah menjadi isu global yang telah diperhatikan sekian lama.

 

“Bukan sahaja untuk pengguna jalan raya lain, pemanduan secara bahaya juga mengundang bahaya kepada pemandu itu sendiri berikutan pusat gravitinya yang lebih tinggi.

 

“Pacuan empat roda hampir tiga kali ganda lebih berkemungkinan berguling daripada sedan penumpang besar dalam kemalangan satu kereta,” jelasnya.

 

Katanya lagi, tidak menjadi satu kesalahan untuk memandu apa jenis kenderaan namun sikap dan gaya pemanduan yang akan menentukan tahap keselamatan sebagai pemandu di jalan raya.

 

“Kenderaan tidak salah, sikap dan gaya pemanduan yang perlu diubah. Jangan sangka kenderaan anda besar, berkuasa dan kuat, anda boleh memandu secara bahaya di jalan raya,” ujarnya.

 

 

– KOSMO

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…
Berita Global
Di Eropah, Ford baharu sahaja melancarkan varian terbaharu Ranger MS-RT dengan penampilan yang…