Pusat Pemandu Grab terbaru di Ipoh

oleh Hamimah Hamid|
GRAB Malaysia hari ini melancarkan Pusat Pemandu Grab (GDC) baru dan lokasi terbaru itu diadakan di Ipoh.

Ketua Luar Bandar, Grab Malaysia, Ben Chin berkata, GDC adalah pusat
penyelesaian sehenti khusus untuk memenuhi keperluan dan pertanyaan semasa bakal pemandu dan penghantar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Katanya, GDC adalah sebahagian daripada komitmen Grab untuk berkhidmat kepada rakan kongsinya dan menyediakan bantuan yang diperlukan. 

Ujar beliau, dengan adanya pusat perkhidmatan khusus untuk pemandu Grab itu, mereka boleh mendapat latihan untuk pengalaman lancar yang memberi manfaat kepada rakan kongsi serta penumpang.

Front desk grab

"Dengan adanya GDC, kita akan menjalankan latihan wajib dan sesi pendidikan semula untuk semua pemandu dan rakan kongsi penghantaran.

" Fasiliti ini juga akan berfungsi sebagai tempat untuk latihan berkala dan peningkatan sesi latihan lain seperti kursus latihan pertahanan diri dan kesedaran serta kursus pertolongan cemas," katanya pada Majlis Pelancaran GDC di Ipoh hari ini.

Director Outer City Malaysia

Ben Chin berkata, perkhidmatan utama lain di GDC ialah menguruskan pertanyaan harian rakan kongsi pemandu, rakan kongsi penghantaran dan rakan kongsi saudagar.

Katanya, fasiliti itu juga akan terlibat mengurus pemandu baharu dan pendaftaran penunggang rakan kongsi penghantaran, pengesahan secara peribadi wajib.