Pusat Pameran Vespa 3S pertama dibuka di Kuching

oleh Mohamad Hanif|
Didi Resources Sdn Bhd selaku pengedar rasmi skuter berjenama Vespa di Malaysia mengumumkan pembukaan rasmi pusat pameran Vespa yang terletak di Kuching, Sarawak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pembukaan pusat pameran 3S pertama di negeri itu membawakan penawaran penuh model skuter ikonik, selain menyediakan pusat servis khusus menjadikannya sebagai pusat sehenti bagi para peminat jenama tersebut.

Pusat pameran yang dikendalikan oleh Yong Sport Motor (Vespa Kuching) turut membawakan identiti korporat baharu Vespa, menyediakan ruang menunggu yang selesa, serta pelbagai jenis aksesori gaya hidup selain daripada membawakan pelbagai jenis model Vespa terkini yang bakal memenuhi keperluan para pelanggan di sekitar Kuching.

Pusat Pameran 3S Vespa Kuching ini terletak di Hakka Avenue Estate.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pusat pameran tersebut Terletak di Lot 7, Jalan Limau Manis Off Jalan Lintas Inanam, 88450 Kota…
Berita Domestik
“Ayah menghantar kereta tersebut ke cawangan pusat kenderaan berkenaan untuk pemeriksaan. “Pihak…
Berita Domestik
Pusat pameran seluas 3,826 kaki persegi itu menyediakan ruang pameran yang dapat memuatkan dua buah…