Pusat pameran Honda Malaysia kini dibuka kepada umum

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia dalam satu kenyataan mengumumkan pembukaan semula kesemua pusat pameran dan pengedar diseluruh negara bermula 13 Mei 2020.
Modenas

Bagi memastikan tahap keselamatan dan kesihatan para pekerja serta pelanggan, beberapa langkah pencegahan telah pun dilaksanakan selaras dengan saranan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia serta Kementerian Kesihatan Malaysia ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

 


1. Kunjungan ke Pusat Pameran

Para pelanggan dinasihatkan supaya menjalani proses saringan suhu dan menggunakan cecair sanitasi tangan yang terdapat di pintu masuk sebelum dibenarkan memasuki premis.

Individu yang merekodkan bacaan suhu melebihi 37.5 darjah Celcius dinasihatkan supaya tidak memasuki premis dan berjumpa pakar perubatan untuk tempoh yang segera.

Selain daripada menetapkan satu pintu masuk dan satu pintu keluar, para pelanggan akan dibekalkan dengan pelitup muka dan perunding jualan Honda juga turut disarankan memakai pelindungan yang serupa sebelum membuat temujanji dengan pelanggan.

Kesemua pihak juga perlu mematuhi peraturan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter.

Kawasan berisiko seperti Kids Zone dan Cafe akan ditutup buat sementara waktu.
 

2. Sesi Pandu Uji

Kesemua kenderaan pandu uji akan dibersihkan setiap kali sebelum dan selepas sesi pandu uji dijalankan, terutama di kawasan yang kerap disentuh seperti papan pemuka, roda stereng, pemegang pintu, suis dan kunci.

Sarung tangan akan dibekalkan kepada pelanggan dan perunding jualan sepanjang tempoh pandu uji.
 


3. Membuat tempahan

Honda Malaysia menggalakkan para pelanggan untuk membuat transaksi nirtunai bagi meminimumkan sentuhan antara kedua-dua belah pihak.

Selain daripada itu, Honda Malaysia juga turut membenarkan proses pembaharuan insurans kenderaan dalam talian bagi memudahkan urusan serta selamat dalam masa yang sama.
 

4. Proses penerimaan kenderaan baharu

Pihak Honda Malaysia mengehadkan satu orang sahaja pada satu-satu masa ketika proses penghantaran dan penerimaan kenderaan baahru bagi mengelakkan himpunan yang besar di pusat pameran.

Setiap kenderaan baharu akan dipastikan menjalani proses sanitasi yang ketat sebelum diserahkan kepada pelanggan.
 

5. Servis Selepas Jualan dan Lanjutan Waranti

Honda Malaysia mewajibkan para pelanggan untuk membuat tempahan terlebih dahulu sebelum menghantar kenderaan untuk diservis bagi mengawal jumlah pengunjung serta mengamalkan penjarakan sosial.

Untuk kenderaan yang tamat tempoh jaminan bermula 18 Mac-12 Mei, Honda Malaysia melanjutkan tempoh tamat jaminan sehingga 11 Jun 2020.

Manakala bagi kenderaan yang tidak sempat menjalani servis semasa tempoh 18 Mac-12 Mei, pihak Honda menetapkan servis perlu dibuat sebelum 11 Julai 2020 ini.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Pelancaran
Ditawarkan dalam empat varian, Honda City generasi baharu ini didatangkan dalam dua penawaran…
Berita Domestik
Warna Platinum White Pearl ini pertama kali diperkenalkan oleh Honda Malaysia menerusi model MPV…
Informasi
Tiga faedah ini adalah dari segi:-   i. Penyelamatan: Penyediaan khidmat bantuan menunda 24/7…