Pusat Pameran 4S Volkswagen Alor Setar kini dibuka

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Volkswagen Alor Setar yang dikendalikan oleh Lee Motors Autohaus Sdn. Bhd. telah menaik taraf pengedaran mereka daripada sebuah pusat 3S kepada 4S, lengkap dengan kemudahan Badan & Cat. 

Volkswagen Alor Setar merupakan sebuah pusat sehenti yang mempunyai tiga tingkat dengan ruang seluas lebih 35,352 kaki persegi. 

Cawangan ini terletak di kawasan Aman Central yang strategik dan merupakan hab perniagaan utama di Kedah, 

Bengkel Badan & Cat menawarkan perkhidmatan seperti baik pulih kemalangan, kemasan cat, semburan semula, mengetuk panel serta penjajaran casis.

Kemudahan yang ada termasuklah bilik semburan cat, dua ruang persediaan, ruang mengggilap dan kemasan akhir, serta dua ruang pasca-mengangkat. 
 


Ruang penjajaran Car-0-Liner ada disediakan dan dikendali oleh tukang ketuk dan cat panel terlatih. Volkswagen Alor Setar juga menggunakan cat berasaskan air yang terbaik di dunia - Cromax Pro Waterbase di Bengkel Badan & Cat tersebut. 

Bukan itu sahaja, pusat 4S itu dilengkapi lif kargo, peralatan diagnostik yang diluluskan oleh Volkswagen Jerman dan sistem CCTV khas. Ia membolehkan pelanggan melihat kenderaan mereka diservis dari ruang lounge yang selesa. 

Volkswagen Alor Setar 4S Centre beroperasi dari Ahad hingga Jumaat bermula jam 9:00am hingga 6:00pm dan ditutup pada hari Sabtu serta cuti umum. Waktu bekerja melibatkan urusan jualan, servis serta badan & cat. 

Sehingga kini, jumlah pusat 4S Volkswagen di seluruh Malaysia adalah sebanyak 10 buah.
 


Maklumat lanjut, sila kunjungi pengedar sah Volkswagen atau layari laman web www.volkswagen.com.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara itu disempurnakan oleh Pengarah Kawasaki Johor Bahru, Qbee Ng bersama Ketua Pegawai Eksekutif…
Pelancaran
Kawasaki Kuching tersebut merupakan pusat 4S di bawah pengurusan Ghee Hua Co Sdn Bhd yang bakal…
Berita Domestik
Pembukaan dua lagi pusat 4S baharu itu kini mengukuhkan lagi kedudukan GWM di Malaysia bagi…