Pusat Pameran 3S Proton kini dibuka di Lahad Datu

oleh Mohamad Hanif|
Warga Sabah kini boleh mendapatkan khidmat jualan dan selepas jualan dengan pelancaran pusat pameran 3S baharu yang terletak di Lahad Datu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ia merupakan pusat pameran 3S kedua yang dibuka selepas fasiliti pertama dilancarkan oleh Fook Loi Corporation yang terletak di Sandakan pada tahun lalu. 
 


Sebagai sebuah pusat 3S, ia menawarkan kemudahan jualan, servis dan alat ganti untuk semua jenis kereta Proton dengan kos pengubahsuaian dan naik taraf bernilai kira-kira RM2 juta. 

Dengan penggayaan warna korporat baharu Proton, pusat 3S ini juga turut menyediakan tempat yang selesa untuk para pelanggan menghantar kenderaan yang diservis, selain terdapat tempat mengecas dan ruangan minuman. 
 


Majlis perasmian pusat pameran 3S Proton di Lahad Datu ini telah disempurnakan oleh Rajendran a/l Nambiappan, Ketua Pengurusan Jualan Proton serta dihadiri oleh barisan pengarah Fook Loi dan pengurusan kanan Proton. 

Sehingga kini, Proton telah melancakan 91 buah pusat pameran yang telah dinaiktaraf kepada 3S/4S di seluruh negara. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pusat 3S yang dikendalikan oleh Auto Raya Timur itu menampilkan imej korporat baharu jenama…
Berita Domestik
Pusat Pameran 3S Volvo tersebut merupakan bangunan baharu empat tingkat dan direka supaya memenuhi…
Berita Domestik
Dioperasikan oleh rakan jualannya, iRoll Ipoh Sdn Bhd, pusat pameran 3S ini mempunyai lokasi yang…