Pusat 4S Millenium Welt dibuka di Jalan Kuching, bangunan lebih cekap tenaga

oleh Mohamad Hanif|
Wakil pengedar jenama BMW di Malaysia, Millenium Welt kini membuka sebuah pusat bertaraf 4S (jualan, servis, alat ganti & sistem) beserta BMW Premium Selection (BPS) yang terletak di Jalan Kuching.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Pusat 4S Millenium Welt Kuala Lumpur North dilengkapi dengan 192 unit panel solar PV 96 kWp yang mampu menjana tenaga melebihi 123,700 kWh, dan membolehkan Millenium Welt mencapai penjimatan sehingga RM4,900 setiap bulan, selain mengurangkan sehingga 86 tan emisi karbon tahunan.

Fasiliti ini turut menawarkan ruang sebesar 35,600 kaki persegi yang mampu menempatkan sehingga lima buah kenderaan baharu BMW, serta 10 buah kenderaan BMW Premium Selection.
 

Mileenium


Terdapat sehingga 20 ruang servis termasuk lima lorong pantas, dan tiga ruang servis RATC (reception at the car) yang membolehkan pusat ini menerima sehingga 60 buah kenderaan untuk diservis setiap hari.

Dengan tenaga kerja sehingga 90 orang termasuk lima orang juruteknik voltan tinggi bertauliah, pusat 4S ini turut menyediakan kemudahan seperti fasiliti pengecasan, Customer Lounge, Handover Lounge, Isetta Bar, BMW Lifestyle & Accessories, BMW Parts, serta servis RATC.  
 

Millenium


Bersempena dengan pembukaan, pelanggan yang menghantar kenderaan BMW untuk diservis di Millenium Welt Kuala Lumpur North akan mendapat baucar servis bernilai RM100 sementara stok masih ada, tertakluk kepada terma dan syarat, dan sah sehingga 31 Mei 2022.

Millenium Welt Kuala Lumpur North dibuka setiap hari bermula dari jam 8.30 pagi - 6.30 petang setiap Isnin hingga Sabtu, dan 10.00 pagi - 6.00 petang setiap Ahad.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sedan elektrik mewah itu kini dilengkapi standard dengan Pengecas Profesional AC yang memiliki…
Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…
Model Terbaharu
Jika dilihat pada saiz dan namanya, i5 eDrive40 merupakan versi EV bagi model 5 Series generasi…