Pusat 4S Audi Centre Setia Alam dibuka semula, dikendalikan oleh Goh Brothers Motor

oleh Mohamad Hanif|
PHS Automotive Malaysia (PHSAM) baru-baru ini mengumumkan pembukaan semula Pusat 4S Audi Centre Setia Alam di mana ia kini dikendalikan dibawah pengedar Goh Brothers Motor Sdn Bhd.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pusat 4S Audi Centre Setia Alam ini merupakan fasiliti empat tingkat yang menempatkan pusat jualan, servis, alat ganti serta pusat badan dan cat di bawah satu bumbung dengan keluasan 60,000 kaki persegi.

Ia mampu menempatkan sehingga 12 unit kereta pameran pada satu-satu masa, sementara pusat servis dua tingkat pula menawarkan sehingga 17 ruang servis yang mampu melayan 34 buah kereta dalam masa sehari oleh kakitangan yang berpengalaman.

Terletak di tengah-tengah Setia Alam, pusat 4S ini bakal menawarkan khidmat yang diperlukan kepada penduduk dan pemilik Audi di kawasan sekitar termasuk Shah Alam dan Klang.
 

Audi


Sebagai meraikan pembukaan semula pusat 4S ini, Audi Centre Setia Alam menjemput mana-mana pemilik yang tidak pernah menghantar kereta mereka ke pusat servis dalam tempoh enam bulan untuk menerima pakej pemeriksaan dan diagnostik keselamatan 20 poin secara percuma bernilai RM300, dan tawaran ini sah sehingga 31 Ogos 2022.

Setiap kereta baharu Audi kini disokong dengan pakej penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, diikuti jaminan tanpa had perbatuan selama lima tahun dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.

Dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi-5.30 petang (kecuali cuti umum), Audi Centre Setia Alam boleh dilawati di alamat 22A, Persiaran Setia Dagang, Setia Alam. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-3362 6555.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan keluasan sekitar 60,000 kaki persegi, bangunan empat tingkat Audi Centre Setia Alam…