Pusat 3S terbaharu Volvo di Skudai, Johor

oleh SALINA JALIL|
Volvo Car Malaysia (VCM) hari ini mengumumkan pengoperasian sebuah lagi pusat 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) mereka di Johor Bahru untuk memberi kemudahan kepada pemilik sedia ada dan kepada mereka yang berminat untuk membeli Volvo baharu di bandaraya Darul Takzim berkenaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Pusat 3S Volvo baharu tersebut adalah milik Pekin Auto Sdn Bhd (Pekin Auto) yang terletak berhampiran dengan Skudai. Premis terbaharu ini turut menampilkan konsep global terkini jenama Scandinavia itu iaitu Volvo Retail Experience (VRE).

 

“VRE melangkaui apa yang diilhamkan oleh Scandinavia; ia adalah manifestasi pada nilai jenama kami dan kami ingin menjaga pelanggan sepanjang perjalanan mereka dengan jenama Volvo Cars,” kata Nalin Jain, pengarah urusan Volvo Cars.

 

Dengan pembukaan Pekin Auto di Johor Bahru ini, VCM kini mempunyai sejumlah 13 pengedar di seluruh negara dan dijangka ia akan bertambah di berberapa lokasi lagi dalam masa terdekat.

 

Walaupun Pekin Auto sudah beroperasi, namun ia masih belum dirasmikan sepenuhnya. Menurut VCM,  perincian berkenaan pengedar baharu ini akan diumumkan ketika majlis pelancaran rasmi nanti.

 

“Saya gembira bahawa jenama kami telah diterima baik dalam pasaran. Kami komited untuk memberikan pelanggan pilihan yang lebih luas dengan melantik syarikat yang diiktiraf dan profesional seperti Pekin Auto bagi mewakili jenama dalam perkara-perkara penting,” tambah Nain lagi.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…
Berita Global
Seorang peminat tegar Lego, David Gustafsson kini merealisasikan meme tersebut dengan menghasilkan…