Pusat 3S terbaharu Hyundai di Klang

oleh SALINA JALIL|
Hyundai Global Dealership Space Identity (GDSI) 3S baharu oleh MN Automart telah membuka pintunya di Klang untuk pemilik Hyundai di sekitar. Pusat ini kini merupakan satu-satunya pusat Hyundai yang terletak di Klang. Satu lagi pusat Hyundai 3S terletak berhampiran dengan Pelabuhan Klang.


Di antara kemudahan yang disediakan di sini adalah wifi percuma serta ruang menunggu yang selesa sementara menunggu kenderaan pelanggan di servis.


MN Automart dimiliki sepenuhnya oleh MeGroup. MeGroup mempunyai lapan tahun pengalaman dalam industri automotif.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Low Yuan Lung, Pengarah Urusan HSDM berkata,"Mempunyai MN Automart sebagai rakan kongsi kami, terutamanya di Klang, akan memberi manfaat kepada Hyundai. Dengan pengalaman dan kepakaran mereka, pemilik Hyundai dapat menjamin kualiti dan kecekapan perkhidmatan. Penetapan GDSI 3S di sini adalah tepat pada masanya untuk menampung permintaan penyelenggaraan serta khidmat pelanggan."

 

px1

 


Hyundai mempunyai sembilan pusat GDSI di Lembah Klang selain pusat 3S, pusat jualan dan pusat servis di seluruh negara.

 

Pusat jualan Hyundai GDSI MN Automart dibuka dari 9 pagi hingga 6 petang pada hari kerja, manakala pada hari cuti umum dan hari minggu ia dibuka dari pukul 10 pagi hingga 5 petang. 

 


Bagi pusat servis, operasi perkhidmatan adalah dari 8 pagi hingga 5 petang pada hari kerja, dan ditutup pada Ahad dan semasa Hari Raya.

 

Pelanggan boleh menghubungi 03-84081812 untuk maklumat lanjut atau menempah ujian memandu, dan 03-84081813 untuk menempah perkhidmatan.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bahagian depan lebih berketak dengan jeriji dan lampu nyalaan siang baharu. Gaya jeriji condong…
Berita Domestik
Menurutnya, serbuan dibuat bersama wakil pemilik cap dagang berdasarkan aduan yang diterima. "…
Berita Global
Pelbagai teknologi dan ciri-ciri yang ditawarkan sehingga ia membuatkan suatu kenderaan itu…