Pusat 3S Proton baharu dibuka di Puncak Jalil

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Salah satu pengedar sah Proton, Atiara Johan Group (Atiara Johan) telah merasmikan pembukaan Jaya Johan Sdn Bhd, sebuah pusat 3S baharu untuk Proton yang terletak di Puncak Jalil, dimana ia menawarkan servis menyeluruh dengan kemudahan premium.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain menerapkan teknologi mesra alam dengan dilengkapi sistem solar, pusat 3S baharu itu juga menempatkan bilik pameran yang luas untuk keselesaan pelanggan.

 

2

 

Pusat 3S itu turut dilengkapi 10 ruang servis dan pusat alat ganti untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pemilik Proton.

Bagi meningkatkan keselesaan pelanggan, pusat 3S itu turut menyediakan ruang menunggu yang lengkap untuk membolehkan pelanggan bekerja atau berehat, lengkap dengan hidangan makanan dan minuman.

 

3

 

Disokong oleh pasukan servis lepas jualan dan sebuah ruang servis yang besar, pusat 3S itu mampu menampung kapasiti sehingga 60 kereta sehari.

Perkhidmatan perantara menghantar dan mengambil turut disediakan bagi memudahkan pelanggan yang tinggal berdekatan dan ingin pulang ke rumah atau dibawa ke tempat lain sementara menunggu kereta mereka diservis.

 

5

 

Dengan pengalaman selama 6 tahun bagi memenuhi keperluan pelanggan Proton, Atiara Johan juga menjadi pengedar layak untuk menjual model X90 yang baru sahaja dilancarkan.

Selain pusat 3S baharu di Puncak Jalil, Atiara Johan juga memiliki pusat 1S dan 4S Proton di Puchong.

 

6

 

Pusat 3S baharu itu terletak di T 59674, Persiaran Puncak Jalil, Taman Puncak Jalil, PJU 6, 43300 Seri Kembangan.

Untuk maklumat lanjut atau ingin membuat temu janji di Jaya Johan Sdn Bhd, pengunjung dan pelanggan boleh menghubungi talian 017-6530988

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembukaan pusat 3S ini mencerminkan komitmen GWM untuk meningkatkan keseluruhan pengalaman…
Berita Domestik
Pusat 3S terbaharu ini akan diuruskan oleh BYD Sing Kwung Motors, kemudahan baharu ini bertujuan…
Berita Domestik
Pembesaran bilik pameran terbaru itu merupakan bilik pameran terbesar Mitsubishi Motors di Kuching…