Pusat 3S Peugeot/Citroen kini dibuka di Alor Setar

oleh SALINA JALIL|
Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Peugeot dan Naza Euro Motors Sdn Bhd, pengedar rasmi bagi Citroen di Malaysia, kini telah membuka cawangan dan pusat 3S di Alor Setar, Kedah.

 

Dato' Nik Hamdam, Timbalan Kumpulan CEO Naza Corpration Holdings berkata, "Pelancaran baharu Peugeot dan Citroën Alor Setar ini adalah penerusan rancangan pengembangan kami untuk meningkatkan rangkaian dan jangkauan kami di Malaysia. Ini juga memastikan bahawa kami dapat memenuhi keperluan dan tuntutan pelanggan kami".
 

 

Pusat 3S yang merangkumi keluasan 15000 kaki persegi dapat mempamerkan lapan buah kereta dan berkapasiti mengendalikan 200 ke 250 buah kereta sebulan dengan lima petak penyelenggaraan.

 

 

Pelaburan untuk pusat 3S ini adalah sebanyak RM2 juta dan menyediakan ruang menunggu yang dilengkapi dengan televisyen pintar, kafeteria dan ruang keluarga.

 


Terletak di 97 M&N, Batu 1 1/4 Mergong, Seerang Jalan Putera, 05150 Alor Setar, Kedah dan dibuka setiap hari kecuali hari Ahad dan cuti umum, dari jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang.

 


Maklumat lanjut boleh didapati di laman web  http://www.peugeot.com.my dan https://www.citroen.com.my.

 

 

px1

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Harga baharu ini berkuatkuasa 15 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2020. Senarai harga boleh dirujuk…
Berita Global
Nampaknya, peranan yang dibawakan suatu ketika dahulu akan diteruskan lagi oleh generasi terbaharu…
Berita Global
  Bermula dari situ, kesemua kereta konsep Peugeot tampil dengan i-Cockpit® yang kemudian…