Pusat 3S Moto Guzzi kini di Gasket Alley

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Moto Guzzi kini telah membuka sebuah pusat sehenti 3S bertempat di Gasket Alley, Petaling Jaya. Pusat 3S ini menawarkan khidmat servis, khidmat jualan lengkap, pameran dan juga servis cat dan baik pulih badan.

 

Pusat 3S yang dikendalikan oleh Stronghold Cycles dan Goh Brothers Motorcycles ini mempunyai juruteknik yang terlatih dari Piaggio serta peralatan khas dan sistem diagnostik motosikal berkomputer. Moto Guzzi turut menampilkan suasana unik iaitu bahagian jualan dan pameran seperti di dalam sebuah garaj.

 

V7 111 Anniversario

 

“Kami percaya, pembukaan pusat 3S di Gasket Alley merupakan satu platform yang kuat untuk kami menawarkan pengalaman yang unik dan berbeza dari sekadar bilik pameran yang biasa kepada para pelanggan” kata Pengarah Urusan, Asia Pacific 2 Wheeler, Simmone Niccolai.

 

Dalam majlis pelancaran pembukaan pusat 3S ini, Moto Guzzi telah memperkenalkan model V7 111 Anniversario edisi terhad dengan hanya 1,000 unit telah dikeluarkan di seluruh dunia.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MotoPlex Sungai Buloh diuruskan oleh Welly Sungai Buloh Sdn Bhd, pengedar rasmi yang dilantik oleh…
Gaya Hidup
Cawangan di Johor Bahru itu merupakan MotoPlex kedua yang diuruskan oleh Goh Brothers Motorcycles…
Pelancaran Motosikal
Jentera sports tourer itu dikuasakan oleh nadi V-Twin bersesaran 1,042 cc, menghasilkan 115 hp @ 8,…