Pusat 3S Kia Glenmarie dibuka secara rasmi

oleh Mohamad Hanif|
Dinamikjaya Motor Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan berjenama Kia di Malaysia telah membuka pusat 3S baharu di Lembah Klang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pusat 3S baharu itu kini menampilkan identiti jenama Kia Store serba baharu yang dilihat mampu untuk menawarkan pengalaman yang bermakna buat para pelanggannya di Malaysia.
 

Kia


Dibina atas kawasan seluas 39,240 kaki persegi, Kia Glenmarie Flagship merupakan pusat 3S pertama yang mampu menawarkan kemudahan seperti ruang pameran sehingga empat buah kenderaan, ruang rehat dengan hidangan makanan dan minuman, serta tidak ketinggalan ruang bekerja dengan sambungan Wi-Fi yang tersedia.

Ia juga turut menempatkan fasiliti servis canggih yang dikendalikan oleh juruteknik terlatih, serta menyediakan sehingga 20 ruang servis, lengkap dengan kelengkapan diagnostik dan peralatan penyelenggaraan terkini.
 

Kia


Pusat 3S Kia Glenmarie ini terletak di No. 1, Jalan Pelukis U1/46, Temasya Industrial Park, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor dan beroperasi hari dari jam 8.30 am-7.00 pm pada hari bekerja, 9.00am-5.00 pm pada hari Sabtu dan 10.00 am-5.00 pm pada hari Ahad atau Cuti Umum.

Sementara waktu operasi pusat servis pula bermula dari 8.00 am-5.00 pm pada hari bekerja, 8.00am-12.00pm pada hari Sabtu dan tutup pada Cuti Umum.
 

Kia


Untuk tempahan sesi pandu uji, pelanggan boleh menghubungi Sales Showroom di talian 03-5033 3333, sementara untuk tempahan slot servis boleh menghubungi Service Centre di talian 03-5033 3388.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pusat pameran tersebut Terletak di Lot 7, Jalan Limau Manis Off Jalan Lintas Inanam, 88450 Kota…
Berita Domestik
“Ayah menghantar kereta tersebut ke cawangan pusat kenderaan berkenaan untuk pemeriksaan. “Pihak…
Berita Domestik
Pusat pameran seluas 3,826 kaki persegi itu menyediakan ruang pameran yang dapat memuatkan dua buah…