PursuitAlert mampu elak orang awam terkorban dalam insiden kejar penjenayah

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kemungkinan kita untuk terlibat di dalam insiden kejar mengejar polis dan penjahat mungkin satu di dalam seribu, melainkan sekiranya kita benar-benar nekad ingin mencabar pihak berkuasa. 

Namun, antara fakta yang pahit untuk ditelan ialah terdapat beberapa nyawa yang yang tidak berdosa 'terpaksa' dikorbankan semata-mata untuk menangkap penjenayah-penjenayah ini. 

Kita sudah tentu tidak akan dapat mengagak apakah tindakan yang bakal diambil oleh pemandu yang tidak berperikemanusiaan ini ketika insiden kejar mengejar.

 


Silap langkah, nyawa kita mungkin melayang. 

Berbekalkan keazaman untuk mengurangkan kadar kematian orang awam, pasukan polis South Carolina melancarkan sebuah aplikasi mudah alih yang digelar sebagai PursuitAlert

PursuitAlert

Aplikasi ini akan mengakses lokasi semasa pengguna dan memberikan amaran sekiranya mereka berada di dalam julat jarak operasi pasukan polis, sekaligus mampu mengelakkan insiden pelanggaran yang lebih serius. 
 

gambar hiasan daripada filem Baby Driver

Oconee County Sheriff's Department berharap dengan pelaksanaan aplikasi mudah alih ini, ia mampu mengurangkan kadar kematian di kalangan orang awam, terutamanya di persimpangan lampu trafik serta kawasan bandar yang sibuk. 

Ianya terhad kepada kawasan South Carolina buat masa ini namun bakal diperluaskan penggunaanya kepada seluruh Amerika Syarikat tidak lama lagi. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menerusi kerjasama dengan pengendali titik pengecasan (CPO) seperti CDG Engie, City Energy Go dan…
Berita Domestik
Menurut Seow Lee Ming, Pengurus Besar Mobiliti Shell Malaysia berkata, “dalam dunia hari ini yang…
Gaya Hidup
Pada tahun 2019, Porsche telah melancarkan sebuah aplikasi mudah alih yang tidak menyediakan mana-…