Purem AAPICO buka kilang ekzos baharu di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat usahasama Purem by Eberspaecher dan AAPICO Hitech Public Company Limited (Aapico) secara rasmi telah membuka kilang pengeluaran ekzos pertama di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Purem by Eberspaecher merupakan syarikat peneraju global di dalam teknologi ekzos yang memiliki penyelesaian mampan yang dapat memenuhi piawaian emisi global untuk mobiliti yang bersih dan senyap.

Menerusi kerjasama dengan rakan kongsi AAPICO, syarikat Jerman itu kini memasuki pasaran yang terus berkembang di Malaysia dan Thailand.
 

purem


Kilang yang terletak di Kundang, Rawang itu mempunyai kawasan seluas 4,000 meter persegi yang dikhususkan untuk pengeluaran komponen ekzos, termasuklah penukar bermangkin (catalytic converter), perongga (manifold), peredam bunyi dan paip ekzos.

Dengan kekuatan 100 orang tenaga pekerja dan teknologi pengeluaran automatik, kilang tersebut akan mengeluarkan dan menyediakan lebih kurang 400,000 komponen setiap tahun untuk empat model kereta Proton.
 

purem


Pada masa hadapan, syarikat itu merancang untuk meluaskan lagi pengeluaran untuk pengeluar tempatan baharu, serta menyediakan kemudahan pengeluaran bagi saduran pemangkin (catalyst).

Usaha sama yang dijalankan ini mampu menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan industri alat ganti di Malaysia dengan menyediakan peluang pekerjaan, pengenalan teknologi terkemuka, peningkatan kemahiran tenaga kerja dan dalam masa yang sama menyediakan sistem ekzos bertaraf dunia yang mampan untuk pengeluar OEM.
 

purem


Purem AAPICO juga akan membuka kilang kedua yang terletak di Rayong, tenggara Bangkok, Thailand, di mana fasiliti itu akan mengeluarkan sistem ekzos untuk trak pikap pengeluar Amerika Syarikat yang terkemuka.

Untuk makluman, usaha sama Purem AAPICO telah ditubuhkan pada Ogos 2022, di mana 51 peratus saham dipegang oleh Purem by Eberspaecher, dan selebihnya oleh AAPICO.

Matlamat perkongsian ini adalah untuk menjadi pembekal sistem teknologi ekzos utama di rantau ini.